Cara udang makan umpan

Kita boleh memancing udang galah walaupun ketika air keruh kerana spesies itu memiliki keupayaan mengesan sumber makanan melalui deria bau. Sesungut atau janggutnya adalah alat pengesan makanan terbaik ketika air keruh dan waktu malam.




Tetapi jika air terlalu pekat atau keladak tinggi serta terlalu sejuk, kemungkinan udang dan ikan akan menjadi pasif dan tidak berminat dengan umpan. Jika air keruh sederhana, anda disyor menggunakan umpan jenis berbau seperti perumpun, isi ikan dan isi remis atau kerang. Kepada mereka yang tahan bau boleh gunakan umpan tapa.

Umpan udang yang lumrah dan cepat diterpa udang ialah perumpun - jenis sarang, bakau, pantai dan nipah. Cacing tanah sama ada cacing gila atau jenis biasa. Anak udang sungai atau udang beras hidup/mati, remis, isi kerang, ala-ala - guna bahagian yang keras. Isi ikan dihiris halus memanjang mengikut saiz mata kail. Isi udang galah - potong mengikut saiz mata kail. Udang pasar tidak kira apa jenis, anak ikan longkang hidup atau mati kedua-duanya boleh. Pilihan lain - jantung/hati ayam tapi hanya sesuai untuk pancing di kolam.

Saiz umpan yang dipasang pada mata kail jangan terlalu besar kerana ini akan melambatkan proses udang menelan mata. Potong atau hiris umpan biar sepadan dengan saiz mata kail yang digunakan. Saiz mata kail udang dan jenis bergantung kepada jenis batang pancing.
Untuk memudahkan mengesan udang lebih cepat kita perlu menggunakan umpan ‘berbau’. Di kawasan air jernih udang amat berhati-hati dan kurang galak kecuali kita memancing waktu malam atau lubuk yang didominasi udang galah.

Umpan udang yang lumrah dan cepat diterpa udang ialah perumpun – jenis sarang, bakau, pantai dan nipah. Cacing tanah sama ada cacing gila atau jenis biasa. Anak udang sungai atau udang beras hidup/mati, remis, isi kerang, ala-ala – guna bahagian yang keras. Isi ikan dihiris halus memanjang mengikut saiz mata kail. Isi udang galah – potong mengikut saiz mata kail. Udang pasar tidak kira apa jenis, anak ikan longkang hidup atau mati kedua-duanya boleh.

Pilihan lain – jantung/hati ayam tapi hanya sesuai untuk pancing di kolam. Saiz umpan yang dipasang pada mata kail jangan terlalu besar kerana ini akan melambatkan proses udang menelan mata. Potong atau hiris umpan biar sepadan dengan saiz mata kail yang digunakan.

Udang Guna Sesungut Kesan Umpan

No comments:

Post a Comment