Udang nak joli katak jugak

Bestnya kalu macam ni....ada kad semua boleh beli tak payah bayar pulak tu....

ni ada cerita menarik tentang joli katak....

Berbekalkan kemahiran tersendiri seorang lelaki ‘joli katak’ dengan membeli pelbagai barangan membabitkan nilai hampir RM300,000 menggunakan kad mesin juruwang automatik (ATM) dan turut berfungsi sebagai kad debit yang dipercayai sudah diubah suai.




Menurut sumber polis, suspek yang berusia 20-an membuka akaun baru di bank berkenaan sebulan lalu dan turut diberikan kad ATM yang turut berfungsi sebagai kad debit.

Mengikut amalan biasa, kad debit membolehkan pemegangnya membuat pembelian seperti mana pemegang kad kredit jika memiliki wang mencukupi di dalam akaun.

“Peliknya, suspek membuka akaun dengan jumlah wang yang tidak seberapa, namun dia berjaya menggunakan kad ATM merangkap kad debit itu untuk membeli barangan mewah seolah-olah di dalam akaunnya memiliki sejumlah wang yang besar,” katanya.

Suspek dipercayai menggunakan kad ATM dan debit itu sepanjang kira-kira dua minggu pada pertengahan bulan lalu untuk membeli pelbagai jenis barangan di beberapa kedai di bandar ini yang nilai keseluruhannya mencecah RM300,000.
Sumber itu berkata, tembelang suspek hanya terbongkar selepas pihak peniaga membuat tuntutan kepada bank dan pemeriksaan pihak bank kemudian mendapati akaun suspek tidak mempunyai wang.
“Ketika itu barulah pihak bank menyedari ditipu sehingga menyebabkan mereka kerugian mencecah RM300,000,” katanya.

Menurutnya, polis tidak menolak kemungkinan suspek memiliki kemahiran tinggi dalam bidang perisian komputer dan menyalahgunakan kemahiran itu untuk mengubah suai kad ATM dimilikinya atau menggodam sistem komputer bank supaya akaunnya mempunyai wang.

Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK) dan Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah yang dihubungi Harian Metro semalam mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Sementara itu, Timbalan Dekan Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Teknologi Malaysia (UiTM), Profesor Madya Dr Mazani Manaf berkata, jenayah licik yang dilakukan suspek satu perkara baru dalam jenayah penyalahgunaan kemahiran komputer.


“Apa yang dilakukan suspek kebiasaannya susah dilakukan, namun ada kemungkinan dia mampu melakukannya dengan cara menggunakan identiti orang lain pada kad ATM dimilikinya.

“Satu kemungkinan lagi ialah wujud pakatan antara suspek terbabit dengan pekerja bank yang hingga membolehkan transaksi jual beli menggunakan kad itu dilakukan biarpun tiada wang di dalam akaun pemiliknya,” katanya.

SUMBER : HARIAN METRO

No comments:

Post a Comment