Bukti wujudnya Ikan Duyung.

Ikan duyung merupakan makhluk air mitos dengan kepala dan badan wanita dan ekor ikan.
Ikan duyung digambarkan secara meluas dalam cerita rakyat, kesusteraan dan budaya popular.

Menurut legenda, ikan duyung adalah makhluk air yang memiliki kepala dan tubuh layaknya seorang perempuan dan ekor menyerupai ikan. Ikan duyung hidup di dasar laut dan dikatakan merupakan seorang puteri yang telah disumpah sebahagian anggotanya daripada paras pinggang hingga ke kaki menjadi ikan. Cerita mengenai ikan duyung wujud dalam hampir semua masyarakat di dunia.

Dalam mitologi Yunani, ikan duyung dikatakan selalu menggoda para pelaut yang lalai.

Sesiapa yang tergoda akan menemui ajalnya. Masyarakat Babilonia pula menyembah ikan duyung sebagai Tuhan atau dewa laut yang dikenal sebagai Ea atau Oannes. Oannes digambarkan sebagai duyung jantan.

Ramai yang sudah tahu perihal mengenai makhluk mistik yang digelar ikan duyung nih. Manusia (selalunya perempuan cantik) yang dikatakan mempunyai ekor seperti ikan. Ada yang mempercayai bahawa ikan duyung memang wujud, tetapi ada juga yang skeptikal dan tidak percaya bahawa makhluk sebegitu rupa boleh wujud. Akan tetapi, beberapa penemuan sejak kebelakangan ini, telah menambahkan lagi kekeliruan dan kacau bilau dalam konteks pemikiran manusia zaman sekarang. Dengan tersebarnya semakin banyak video (samada tulen atau tidak) di Youtube, jadi adakah Ikan Duyung memang benar-benar wujud?

Terbaru, dua orang ahli marin biologi yang melakukan selaman ke laut dalam telah, terserempak dengan seekor makhluk misteri yang dikatakan sebagai Ikan Duyung. Rakaman tersebut menggemparkan dunia selepas tersebar di Youtube, sehingga Animal Planet telah mengadakan satu rancangan khas bagi tujuan tersebut. Bezanya, ikan duyung yang ditemui tidaklah secantik seperti yang digambarkan sebelum ini. Berwajah aneh, ikan duyung tersebut telah menepuk cermin kapal selam yang dinaiki oleh saintis tersebut sehingga menampakkan jari tangannya yang berselaput

Sebelum itu juga kecoh dengan penemuan ikan duyung yang sedang bersidai di atas batu di Kiryat Yam, Israel. Tetapi, bila diperhatikan video tersebut lebih kepada video tipu dengan menggunakan animasi dan efek khas.

Beberapa penemuan bangkai ikan duyung (selepas tsunami) juga pernah menggegarkan dunia selepas tersebarnya gambar tersebut ke internet. Walaubagaimanapun, akhirnya seorang tukang seni arca telah mengaku itu adalah hasil kerja seninya bagi tujuan jualan. Manakala penemuan bangkai lain juga tidak dapat mengesahkan langsung kewujudan ikan duyung.



Bagi kelompok yang menyokong kewujudan ikan duyung, ada dua alasan yang selalu digunakan, iaitu hanya 10% daripada isi laut dalam yang sudah dikenalpasti dan juga berdasarkan Teori Darwin yang menyebabkan manusia berhampiran pantai mengevolusikan kaki kepada ekor untuk mencari makanan. Alasan pertama agak boleh diterima akal, memandangkan memang 90% bahagian laut dalam masih belum diteroka, sama ada kawasan atau pun spesies yang terdapat di dalamnya. Mungkin boleh wujud makhluk aneh yang jauh lebih aneh lagi. Yang kedua? He3..

Jadi, adakah ikan duyung benar-benar wujud?..

Gambar sekitar penemuan ikan duyung.....



7 comments: