1001 Rahsia Udang dan pelbagai cerita menarik.
Ikan pari atau ikan ketuka adalah spesis ikan yang biasa kita jumpa dan sesuai dimasak dengan pelbagai cara. Biasanya ia enak dimasak asam pedas, diperap bersama rempah dan dibakar serta bermacam-macam lagi.



Ikan Pari bersaiz lebih besar berbanding ikan Ketuka yang bersaiz lebih kecil. Namun tahukah anda cara-cara untuk memilih ikan pari dan ikan ketuka yang segar serta cara-cara mengatasi bau hancing ikan-ikan ini? Jom cuba cara di bawah.

CARA-CARA MEMILIH IKAN PARI SEGAR
Semasa memilih ikan, pastikan isi ikan pari berwarna cerah dan tidak gelap. Bagi ikan ketuka pula, biasanya ia dijual tanpa dipotong. Oleh itu untuk mengenalpasti tahap kesegarannya adalah dengan cara tekan badan ikan dan pastikan ia mempunyai tekstur pejal serta tidak lembik.
Hidu ikan-ikan tersebut sama ada berbau hancing atau tidak. Sebaiknya, pilih ikan yang tidak berbau hancing kerana ia memudahkan proses memasak.

Jika ikan Pari atau Ketuka yang anda beli berbau hancing, jangan dibuang kerana ia masih boleh dimasak dan dinikmati tanpa membantutkan selera. Apa yang anda perlukan ialah:

  • Ikan pari/ketuka
  • Asam jawa
  • Air

CARA-CARA:
1. Bersihkan ikan pari atau ketuka. Buang perut dan organ-organ dalamannya. Bilas hingga bersih.
2. Lumur asam jawa yang telah dibancuh dengan sedikit air. Ratakan dan perap selama 20 minit.
3. Bilas menggunakan air bersih dan toskan.
4. Sedia untuk dimasak mengikut citarasa anda.


Sumber: rasa.my

1 comment:

Anda suka artikel dalam blog ini ? Jangan lupa klik mana-mana iklan sebagai tanda sumbangan anda