1001 Rahsia Udang dan pelbagai cerita menarik.

ALATAN AKU GUNA

Disini aku nak tunjukkan alatan yang aku guna/pakai
sebelum/semasa memburu sepit biru.

Di dalam internet anda boleh dapat pelbagai persiapan/alatan
untuk mendapatkan udang galah....

Tapi ini alatan yang aku guna....
Nak kata tak naik udang...dah terbukti aku dapat sepit biru !

1. Alatan yang perlu ada ialah beg untuk menyimpan dan membawa barang-barang memancing.Aku guna beg yang terbuang aje....anak punya!



2. Bekas untuk menyimpan alat-alatan pancing seperti tali tangsi,timah,plier,pisau,mata kail dan sebagainya.



3. Ni yang penting....umpan. Di Sungai Kelantan aku guna umpan anak udang untuk 'menakluk' sepit biru. Anak udang ni aku beli...satu bekas rm2.50 ...ada lebih kurang 150 ekor...rasanya lebih kot...Tapi yang lebih eloknya cari anak udang kat paya/tali air....itu gerenti udang galah 'terliur'.


4. Mata kail....cari jenis untuk udang sebab bentuk dia khas, lain dari mata kail ikan. Aku suka jenis jenama ANGLAR ( promosi percuma) . Saiz aku guna no.2 atau no.3 sahaja.
Batu ladung juga jangan lupa.Aku biasa guna no.4 atau no.5...tengok arus air.Tangsi cari yang halus supaya mudah dapat kesan pergerakan udang bila 'mengutis' umpan.


5. Ni bekas tempat menyimpan mata kail. Mudah dan senang menguruskan mata kail.
Murah aje...boleh simpan 20 mata kail.


6. Lampu penting juga sebab biasanya aku mancing pukul 6.00 ptg. Balik biasanya pukul 9.00 malam. Tu masa awal kelik , kalu lewat boleh sampai pukul 12.00 tengah malam. Tapi aku tak gi sorang.....seram! Kalu sorang sebelum maghrib aku pulang dah. Kalu nak cari lampu cari lampu yang boleh di'charge' dan yang dilekat atas kepala....mudah nak suluh.



7. Alat di bawah ni adalah besi pancang. Bukan apa mudah nak letak joran. Kalu nak cari pacak kayu pun boleh tapi kalu guna besi ni nampak profesional sikit.



8. Ini joran atau batang kail/pancing. Ada yang mahal dan ada yang murah. Aku cari yang biasa aje...lebih kurang dalam rm150.00 sebatang( Lengkap dah tu). Kalu nak cari batang tu cari yang sesuai dengan batang pancing udang. Jangan cari yang ikan punya.....gerenti tak naik udang.Sebab udang ni dia makan cara kutis-mengutis (bahasa kelantan).
Aku pernah naik udang galah sepit biru dengan pancing RM15.00 aje...tapi punyalah seksa nak naikkan udang..krik..krik..krik..krik...seksanya...tapi boleh naik jugak.
Satu lagi kalu gi pancing tu jangan bawa satu joran....sekurang2nya 3 batang !
Banyak sangat pun tak sempat nak urus joran2 tu....


Satu lagi aku lupa...jangan lupa bawa parang ! penting juga tu.

3 comments:

  1. sangkar udang jgn lupa bang...

    ReplyDelete
  2. t.kasih info berguna baru nk menerai sg temeloh 24hb 4. ni

    ReplyDelete

Anda suka artikel dalam blog ini ? Jangan lupa klik mana-mana iklan sebagai tanda sumbangan anda