1001 Rahsia Udang dan pelbagai cerita menarik.

Kenalkah anda pada si Kaloi ?

Ikan Kaloi merupakan ikan air tawar. Nama sainsnya adalah Osphronemus goramy.
Ikan Kaloi berbadan leper. Ikan Kaloi mendiami sungai berair tenang, dan tasik. Makanan utamanya adalah tumbuh-tumbuhan, lumut dan juga serangga kecil seperti cengkerik, dan cacing
Ikan Kaloi merupakan haiwan Omnivor. Ikan ini akan makan apa sahaja dari jenis haiwan mahupun tumbuhan. Tetapi, semakin Kaloi membesar, pemakanan Kaloi lebih menjurus kepada tumbuh-tumbuhan. Antara tumbuhan yang menjadi kegemaran Kaloi ialah daun keladi dan kangkung.


Ciri-ciri ikan Kaloi:

Rata-rata spesis ikan Kaloi hidup di dalam persekitaran yang hampir sama, malahan pemakanan antara semua Kaloi juga sama. Kaloi memerlukan air yang bersih dan jernih. Tumbesarannya yang lambat dan penjagaannya cerewet menyebabkan kurangnya penternak yang menternak ikan jenis ini. Atas faktor tersebut, ikan Kaloi selalunya dijual sebagai ikan hiasan berbanding ikan makanan menyebabkan harga ikan ini melambung.

• Saiz maksima bagi ikan Kaloi ialah 50 ke 60cm dengan pengecualian Kaloi Hitam (Giant Gourami) yang boleh membesar sehingga 70cm.
• Tumbesaran yang lambat, pada tahun pertama ikan Kaloi boleh membesar kepada 15cm, tahun kedua 25cm, dan tahun ketiga 30cm.
• Sesuai hidup di PH air 6.5 ke 7.
• Ikan jenis Omnivor namun cenderung kepada pemakanan jenis tumbuh-tumbuhan.
• Saiz tuaian untuk makanan biasanya pada saiz 25cm dengan purata berat 4 ke 5kg.
• Boleh mencapai berat maksima sehingga 8kg.

JENIS-JENIS IKAN KALOI
1. Ikan Kaloi Sabah.


Spesis ini antara yang paling mahal sekali harga pasarannya daripada Kaloi jenis lain kerana warnanya yang cantik dan sukar didapati, ikan ini berasal dari sebuah daerah yang terkenal dengan sungainya di Sabah, sungai Kinabatangan. Jenis Kaloi ini agak cerewet penjagaannya dan memerlukan penjagaan yang rapi.
Fizikal Kaloi Sabah
Berwarna merah pada ekor, sirip renang atas dan sirip renang bawahnya.


2. Kaloi Hitam (Giant Gourami)


Ikan Kaloi Hitam ini merupakan gergasi dalam keluarga jenis Gourami. Ikan ini merupakan ikan yang paling umum dan mudah di dapati dari tasik, bekas lombong dan sungai-sungai di seluruh Malaysia. Tidak seperti sepupunya, ikan ini mudah dijaga dan tidak cerewet.
Fizikal Kaloi Hitam:

• Berwarna hitam dan mempunyai corak berbelang pada badan.

3. Kaloi Merah (Giant Red Eye Gourami)



Ikan Kaloi Merah datang dari jenis yang sama seperti Kaloi Hitam. Warna merah terhasil akibat daripada kecacatan pigmen hitam pada ikan itu sendiri lantas menghasilkan Kaloi albino yang berwarna merah. Penternak lazimnya mengahwinkan beberapa Kaloi albino untuk melahirkan benih yang majoritinya berwarna merah. Kadangkala Kaloi ini juga disebut sebagai Kaloi Thailand ataupun Kaloi India.
Fizikal Kaloi Merah:

• Berwarna merah pudar.
• Mempunyai muncung yang sedikit tirus berbanding Kaloi lain.

.Tahukah anda bagaimana hendak mengenal di antara kaloi jantan dengan betina ?

Ciri-ciri Kaloi Jantan:


• Dagu yang besar dan bulat.
• Mempunyai benjolan di kepala.


Manakala ciri-ciri Kaloi Betina:


• Tidak mempunyai dagu yang besar dan bulat.
• Kepala yang licin.


Bagaimanakah untuk membiak ikan Kaloi ?

Satu kolam pembiakan khas perlu disediakan untuk induk bagi proses mengawan. Nisbah yang sesuai bagi suatu sesi pembiakan ialah 1 jantan bagi 4 betina.

Kolam pembiakan perlulah mempunyai daun-daun ataupun rumput-rumput bagi memudahkan Kaloi jantan membina sarangnya.

Aktiviti pembiakan bermula apabila Kaloi jantan membina sarang daripada daun-daun dan rumput-rumput air yang berada di dalam kolam. Setelah sisa rumput dan daun-daun dikumpul, Kaloi jantan akan membuat sarang buih di kawasan tersebut, sesetengah penternak menggambarkan sarang Kaloi mirip seperti sarang burung yang tenggelam di bawah air.

Setelah sarang siap dibina, Kaloi jantan akan memikat Kaloi betina untuk pergi ke sarang tadi. Kaloi betina betina kemudiannya akan melepaskan telur-telurnya ke dalam sarang tersebut kemudian disenyawakan oleh sperma jantan. Aktiviti mengawan Kaloi ini akan berlangsung selama 2 ke 3 hari.

Setelah aktiviti mengawan berakhir, Kaloi jantan akan beredar dari kawasan tersebut dan meneruskan aktiviti pembiakan dengan Kaloi betina lain. Kaloi betina akan terus menjaga sarang tersebut dengan mengipas telur-telur tadi bagi memastikan bekalan oksigen cukup. Selepas 30 ke 36 jam, telur akan menetas.

Anak-anak ikan yang menetas tidak akan makan apa-apa selama seminggu kerana pada waktu itu, kuning telur yang masih terlekat pada badan anak ikan akan menjadi sumber tenaga kepadanya. Setelah seminggu, anak-anak ikan sudah cukup kuat mempertahankan dirinya dan akan mula memakan plankton (air hijau) yang berada di dalam kolam.

30 comments:

  1. Info Terbaik..tqvm

    ReplyDelete
  2. Admin, Nak tnya air utk ikn kaloi air paip bolehkah nk campur apa2 lg tak?

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. jika penjagaan dlm akuarium perlu letak bekalan buih oksigen x..

    ReplyDelete
  5. Kaloi nk air jernih bersih pakai lah water pam aqurium.

    ReplyDelete
  6. Saya ada bela kaloi sabah (2 tahun).. tetapi saya perasan pertumbuhan saiznyer sangat perlahan..pun macam tak membesar2 jer..
    Ada tip makanan jenis apa untuk bagi dia cepat2 membesar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi dia makan sprulina. Blh dptkn d kedai ikan hiasan..hrga agak mahal tpi berbaloi..

      Delete
    2. Saya Bela ikan kaloi Di kebun Di kolam yg Dalam lebih kurang 3 meter. TerBela nampak cantik dekat kedai hiasan...cuma yg nampak hidup sampai Sekarang kaloi Sabah Dan kaloi jawa..kaloi putih Dan merah tak Ada nampak...kasi kiambang

      Delete
  7. Saya ada bela kaloi sabah (2 tahun).. tetapi saya perasan pertumbuhan saiznyer sangat perlahan..pun macam tak membesar2 jer..
    Ada tip makanan jenis apa untuk bagi dia cepat2 membesar

    ReplyDelete
  8. Saya pelihara 3 ekor kaloi merah. Kelihatannya mereka tidak herkumpulan. Ikan ini bersikap teritorial kah? Ssb ada yg menyerang bila dua kali keluar merebut makanan tg ditabur.

    ReplyDelete
  9. Salam bro.. sya baru beli ikan kaloi 3 hari lalu.. tpi tu ikan x makan walaupun sya simpan baja koi..kenaoa tu arr? Sekiqn

    ReplyDelete
  10. Salam bro.. sya baru beli ikan kaloi 3 hari lalu.. tpi tu ikan x makan walaupun sya simpan baja koi..kenaoa tu arr? Sekiqn

    ReplyDelete
  11. Kaloi mahu besar apa makanan dia sesuai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayur kangkong yang paling best.ulat and atsy anak udang sekali sekala.buah buahan seminggu sekali as treats.

      Delete
  12. Kaloi mahu besar apa makanan dia sesuai?

    ReplyDelete
  13. Kalau guna air hujan,oksigen perlu juga ke

    ReplyDelete
  14. Saya ade pelihara kaloi emas.klo ssya bgi mkn belalang blh kah?

    ReplyDelete
  15. Salam admin , saya ada bela kaloi indon 4 ekor kecil lagi , adakah makanan nya perlu diubah ubah pada setiap masa bagi mengekalkan selera ikan utk makan ? Pasal saya bagi pallet tapi kadang2 je dimakan . Anak udang laju dan kangkung . Cuma risau kalau bagi makan lain akan buatkan ikan sakit atau tubuh badannya kelihatan kurang cantik

    ReplyDelete
  16. assalammualaikum daun apa untuk kaloi jantan buat sarang

    ReplyDelete
  17. Admin nak tanya mcm mana ikan kaloi bertelur... Say baru mengalami... Ikan kaloi indon bela start pkp smpi skrg.. Hari ini 4/10/2021 sekor mati sebab telur dia xdpt keluar... Saya xtau mcm mana nak bagi dia mengeluar kan telur takut salah tekan mati yapi akhirnya mati juga.. Sekali cek telur xdpt keluar.... Sedih sungguh... Xle terima sebab mati atas tangan kita masa nak tolong dia keluar kan telur... Belum pun nak picit dah mati sekali cek... Telur xle keluar... Kesian...

    ReplyDelete
  18. OP dah boleh tukar sikit info mengenai kaloi paling mahal.. sekarang kaloi paling mahal bukan lagi kaloi sabah.. kaloi paling mahal sekarang adalah kaloi manah ataupun kaloi borneo.. saya nak beli haritu harga 3 inci pun dah nak dekat rm400.. kaloi sabah bawah rm50 dah dapat saiz 3 inci

    ReplyDelete
  19. Salam...macam mana nak tau kaloi tu sihat atau tidak...warna pada badan dye merah2...adakah kaloi tidak sihat..

    ReplyDelete
  20. Cucu Puan Mazili, Kanser Leukimia ALL B- Cell.
    Puan Mazili ada cucu lelaki berumur 3 tahun 8bulan yang dulu menghidap kanser Leukimia ALL B-Cell (Acute Precursor B-Cell All). Kalau dulu dia mengalami komplikasi limpa dan hati yang dah bengkak tapi sekarang syukur dia dah sembuh dengan rawatan doktor dan rawatan dari Jutawan Herbs.Sekarang dia menjalani kehidupan seperti kanak-kanak sihat lain.
    ..................................................................

    ▪️Puan Roselawaty bt Jaafar, Kanser payudara tahap 2.
    Pada tahun 2019 doktor telah mengesahkan dia menghidap kanser payudara tahap 2. Sekarang ni dah sembuh dari kanser selepas membuat rawatan di hospital dan mengamalkan Jus Jutawan Herbs.

    .................................................................

    ▪️Puan Zalina bt Ismail, Kanser Payudara.
    Dia telah disahkan menghidap kanser payudara pada tahun 2018 dan kini dah sembuh setelah menjalani rawatan hospital dan merawat dengan rawatan Jus Jutawan Herbs.

    ..................................................................

    ▪️Puan Noraini Yusof, Kanser Payudara tahap 3.
    Pada tahun 2017 dia disahkan doktor menghidap kanser payudara tahap 3.size ketulan kanser Puan Noraini dalam 13.3 cm. Disamping meneruskan rawatan hospital, dia juga terus kekal minum Jus Neo Plus Jutawan Herbs yang juga merawat dan memastikan kesihatan terus baik. Keputusan ujian kesihatan semua bagus dan sekarang dah sembuh.

    ...............................................................

    Nanti boleh hubungi saya sendiri untuk testimoni2 td tu yer dan testimoni2 pesakit2 lain dan banyak lagi ..๐Ÿ˜‰

    Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap saya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


    Call order wasap@call saya- En mohd zuhairi- 0174687570

    ๐Ÿ˜kalau wasap saya blas lambat (biasa nya sebab ramai yg wasap saya.)
    Tak pa nanti sy balas wasap pelan2 taw
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring
    En. Mohd Zuhairi ,Pengasas Jutawan Herbs- 017468 7570

    ReplyDelete

Anda suka artikel dalam blog ini ? Jangan lupa klik mana-mana iklan sebagai tanda sumbangan anda