1001 Rahsia Udang dan pelbagai cerita menarik.

udang goreng telur tiruan

Wah ! Bahaya sekarang ni....ada pulak telur tiruan di pasaran kita. Telur ni macam telur asli yang biasa malah rasanya pun nak sama tapi dihasilkan melalui campuran bahan kimia. Bahaya untuk kesihatan tu.




Anda boleh baca petikan cerita ini dari Berita harian ini dulu....

Telur tiruan dihantar ke Kuala Lumpur untuk ujian makmal

GEORGETOWN: Jabatan Kesihatan Pulau Pinang sudah menghantar contoh telur yang dipercayai tiruan yang diperoleh dari dua penjual telur di pasar Pulau Tikus, untuk ujian makmal di Kuala Lumpur.

Timbalan Pengarah Bahagian Kawalan Kualiti dan Keselamatan Makanan, Ku Nafishah Ku Ariffin, berkata contoh telur itu dihantar ke makmal di Kuala Lumpur kira-kira 2 petang tadi.

"Kami akan menguji contoh telur itu dan hasil ujian dijangka diperoleh dalam tempoh seminggu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata, ini adalah kali pertama beliau berhadapan dengan kes telur tiruan sepanjang 22 tahun bekerja di jabatan itu.

Mengikut Peraturan Makanan 1985, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap penjual dan pengeluar telur jika telur itu disahkan tidak tulen.

"Kita perlu menunggu keputusan ujian itu sebelum menentukan tindakan selanjutnya yang boleh diambil," katanya.

Sementara itu, Prof Abd Karim Alias dari Fakulti Teknologi Industri Universiti Sains Malaysia, berkata beliau telah mendengar kes seumpama itu beberapa tahun lalu.
Beliau berkata, semua perkara perlu diuji untuk menentukan sama ada telur tiruan itu boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan.

Semalam, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris berkata beliau menerima aduan daripada seorang suri rumah yang membawa telur berkenaan ke pejabatnya selepas mendapati sesuatu yang mencurigakan ketika cuba memasaknya.

Siasatan yang dijalankan oleh persatuan itu mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan. - BERNAMA

Di sini aku akan tunjukkan bagaimana telur tiruan ini di hasilkan.

Di China terdapat kelas-kelas yang mengajar pelbagai jenis teknologi penipuan , malah telur-telur tiruan ini diubah menggunakan bahan-bahan kimia. Yang menariknya elur tiruan ini boleh digoreng.

Langkah 1 penyediaan bahan-bahan mentah
Menggunakan 7 jenis bahan-bahan kimia.



Telur palsu ini dibuat dari kalsium karbonat, kanji, resin, gelatin, tawas dan produk kimia lain.

Langkah 2 cara buat telur tiruan

Telur mentah ke dalam acuan untuk 2 / 3 penuh,letakkan kalsium klorida, pewarna tiruan.




'Kuning telur' dibentuk dalam acuan bulat. 'Magic Water' yang mengandungi kalsium klorida digunakan.







Dengan menambah satu pigmen kuning akan terbentuklah 'kuninh telur'.

Langkah 3 bentuk telur palsu

Dalam acuan dalam 1 / 3 telur mentah putih, seperti pakej pertama, seperti ladu-ladu ke dalam kuning telur, putih telur menjadi akan membentuk secara perlahan-lahan bila dicampur dengan "magic water"dalam air sihir, satu kulit telur terbentuk secara slow-slow. Bentuk telur keseluruhannya akan terbentuk 1 jam setelah dibasuh dengan air.

Langkah 4

Penghasilan telur-telur nelalui lilin parafin, kalsium karbonat,
seperti modulasi kulit telur ke dalam satu penyelesaian, ulang beberapa kali sehingga kulit telur tiruan ini kering sedikit, rendam dalam air sejuk.





Kulit yang keras dibentuk dengan merendam kedalam lilin parafin ke atas telur tadi, kemudiannya dibiarkan kering.






Itu dia dah siap satu telur tiruan. Telur tiruan ini sangat rapuh dan mudah dipecahkan.

Kelihatan seperti telur sebenar.




Bila kita menggoreng telur tiruan ini kita akan dapati banyak buih2 terbentuk dan ramai yang tak akan perasan mana satu yang betul atau tiruan.Telur ini kelihatan sama dengan yang sebenar begitu juga dengan rasanya tetapi bahaya untuk kesihatan !




Berhati-hati semasa membeli telur...

Jangan pulak lepas ni ada udang palsu?

No comments:

Post a Comment

Anda suka artikel dalam blog ini ? Jangan lupa klik mana-mana iklan sebagai tanda sumbangan anda