1001 Rahsia Udang dan pelbagai cerita menarik.

Menburu di Tok Bali

Semalam Pemburu telah ke Tok Bali,Bachok untuk memburu. Kali ini targetnya bukan Sepi Biru tapi ikan.






Tak ramai pemancing. mungkin tengahari Jam 11.00 pagi. Panas terik pulak tu....
Umpan pertama dilontar....apa yang sedih sikit keadaan air yang agak surut.

Cuaca memang panas terik...terpaksa berlindung dalam kereta. Memancing waktu ini kena bawa air masak cukup-cukup.

Dah sejam tunggu...joran tak bergerak pun. Air memang surut, tu agaknya takde ikan.
Hati-hati dengan batu licin. Kalu tergelincir, ikan dalam sungai tu semuanya ketawa.


Bertukar tempat pulak di bawah jambatan, sebab teringat pesan orang tua-tua, kalu nak memancing cari tempat teduh yang ada bayang pokok. Mungkin ikan suka bermain kat situ. Kalu tengok bayang kat bawah jambatan ini memang banyak ikan duk 'melepak' ni.


Bunyi kereta lalu kat bawah jambatan ini menakutkan. Terasa bergegar jambatan. Masa lalu dengan kereta atas jambatan tak terasa pun. Tapi bila duk bawah jambatan terasa lain macam pulak. Terlintas jugak takut ada pengguna kereta yang campak sampah , tak pasal-pasal kena atas kepala .

Tiba-tiba.......Joran disentap dengan rakus...... mesti ikan besar ni.....

Rupa-rupanya.....

 Ikan bertanda hitam di badan.......Size - Xtra Small. !




Takpelah dah rezeki.....Dapat 10 ekor dah boleh buat gulai makan anak bini !

1 comment:

  1. Ikan tanda tu masak asam pedas...best

    ReplyDelete

Anda suka artikel dalam blog ini ? Jangan lupa klik mana-mana iklan sebagai tanda sumbangan anda