1001 Rahsia Udang dan pelbagai cerita menarik.

Sungai Kelantan menyimpan udang galoh bersaiz XXL

Sungai Kelantan kaya dengan udang galoh yang bersaiz besar-besar....ini buktinya...


Di manakah lubuk udang galoh ini ?? Jom...kita gi cari lubuk udang galoh...

Trip mencari sepit biru telah ditetapkan pada 17/3/2013 oleh geng pencari sepit biru. Bermula jam 5.00 petang pencarian bermula.

Tempatnya di sekitar pesisir Sungai Kelantan. Nak sampai kat lubuk bukannya mudah kena lalui jalan-jalan kampung dan kebun-kebun kelapa. Jalan ada yang berturap ada yang masih batu jalan saje.



OK dah sampai ke lubuk yang biasa aku pancing....


Macam padang ragut saje....??? Kalau perhati betul-betul dibelakang timbunan pasir tu adalah Sungai Kelantan.


Apa lagi....bubuh umpan...baling terus ke lubuk sepit biru. Masa itu emas lagipun hari ini jadual padat dan masa untuk memancing pun dalam sejam lebih aje.

Yang panjang tu bukan jorang udang tapi khas untuk ikan...mana tahu sambil-sambil tunggu udang naik baung besar peha !


Setengah jam pertama asyik duk tukar umpan aje...arus agak deras akibat angin yang  bertiup agak kencang. sikit.

Akhirnya kesabaran membawa hasil.....udang yang pertama di naikkan oleh geng kita ni...


Petanda bahawa sang sepit biru ada disekitar 'sasaran'.


Sejam sudah berlalu...masih tiada  sebarang 'serangan' dari sepit biru.
Jadi keputusan telah diambil untuk pulang......

Tiba-tiba.....

Joran yang kedua disambar dan ditarik hingga ke gigi air.....dalam kepala mesti ikan yang sambar ni.

tapi.....Sang Sepit Biru yang 'membaham' umpan aku !


Nampaknya penutup hari ini agak bertuah....pulang tidak sia-sia.

Penantian anak-anak terubat dengan tertewasnya sang sepit biru.



 Pencapaian rekod peribadi - panjang sepit 15 inci, panjang dari badan ke sepit - 22 inci.


Pemburuan sepit biru belum tamat.....pencarian baru bermula !

7 comments:

  1. nak join geng ni macam mana? ada phone?

    ReplyDelete
  2. panjangnye sepit galah tu....banyak ke dapat? skilo berape udang galah jenis ni?

    ReplyDelete
  3. sekilo 68 ringgit derr..

    ReplyDelete
  4. lokasi dkt area mano boh?lepas tesco ko..sebelum?hajat nok join demo ngail udang..buleh ko?ni no kito ..0199728454 kimie,kalu nok turun ngail hello la..

    ReplyDelete
  5. dkt mano ni boh?sebelum tesco ko?kalu boh nok turun ngail udang oyak etek..kito nok join..ni no kito kimie 0199728454.

    ReplyDelete
  6. kawe pm nk join jgk mane tmpat 2hhh??? ni no telfon kawe 0139223843(mirul)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro mirul asrax.. nk join bole x.. teman dok kt selising... gian nak mancing udang

      Delete

Anda suka artikel dalam blog ini ? Jangan lupa klik mana-mana iklan sebagai tanda sumbangan anda