1001 Rahsia Udang dan pelbagai cerita menarik.

3 Misteri helikopter meletup yang perlu dijawab segera

 Sususlan insiden kemalangan helikopter yang membawa Tan Sri Dr. Jamaludin Jarjis meletup di udara telah menjadi misteri dan bualan rakyat jelata.



Terdapat 3 Misteri perbualan yang perlu dijelaskan kepada rakyat:

MISTERI 1: MUSTAHIL HELIKOPTER TERHEMPAS DI UDARA

Kemungkinan helikopter AS365 N2 Dauphin meletup di udara adalah mustahil kerana pesawat tersebut dilengkapi dua enjin yang jika salah satunya tidak berfungsi, helikopter tersebut masih boleh terbang menggunakan enjin satu lagi.

Ketua Seksyen Penyelidikan dan Inovasi Universiti Kuala Lumpur-Institut Teknologi Penerbangan Malaysia (UniKL-Miat), Prof. Madya Kapten Dr. Mohd. Harridon Mohamed Suffian menyifatkan laporan yang mengatakan helikopter tersebut meletup di udara adalah agak janggal untuk terjadi.

Katanya, sekalipun kedua-dua enjin tersebut tidak berfungsi, juruterbang helikopter tersebut boleh menggunakan sistem ‘auto-rotation’ yang membolehkan pesawat tersebut mendarat secara ‘melungsur’ dan bukan menjunam.

“Kita harus menunggu laporan terperinci kotak hitam helikopter tersebut bagi merungkai segala kemungkinan nahas helikopter tersebut. Tetapi, untuk mengatakan bahawa helikopter tersebut meletup di udara adalah agak mustahil.

“Malah, rakaman suara kokpit juga memerlukan siasatan lengkap untuk kita mengetahui mengapa tiada panggilan kecemasan dilakukan sepanjang penerbangan dari Kuantan ke Subang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Helikopter yang membawa enam orang termasuk Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr. Jamaludin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias, terhempas di kawasan kebun getah di Semenyih pada pukul 4.55 petang Sabtu lalu.

Empat lagi mangsa yang terkorban ialah juruterbang Kapten Clifford William Fournier; pekerja syarikat penerbangan, Aidana Baizieva; ahli perniagaan, Datuk Tan Huat Seang dan seorang anggota polis yang juga pengawal peribadi Jamaludin, Koperal Razkan Seran.

Dalam pada itu, Mohd. Harridon tidak menolak kemungkinan nahas itu sama seperti menimpa helikopter Bell 206 Long Ranger yang terhempas di Bario, Sarawak pada tahun 2004 apabila terjadi satu situasi ‘vakum’ atau tiada udara langsung di kawasan tersebut.

Katanya, keadaan tiada udara itu boleh menyebabkan helikopter tersebut tidak dapat berfungsi dan akhirnya terhempas.

“Penerbangan di kawasan bukit-bukau berisiko tinggi. Oleh itu, kita tidak boleh menolak kemungkinan berlakunya situasi ‘vakum’ yang menyedut udara sehingga menyebabkan helikopter tersebut tidak dapat berfungsi,” katanya.

Sumber : Utusan Malaysia

MISTERI 2 : CUACA BUKAN PUNCA HELIKOPTER TERHEMPAS

Jabatan Meteorologi memaklumkan cuaca buruk tidak mungkin menjadi punca helikopter AS365 terhempas dan terbakar di Semenyih yang mengorbankan Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr. Jamaludin Jarjis; Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias dan empat yang lain.

Pegawai Meteorologi Kanan, Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi, Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata, hal ini kerana, imej pada radar cuaca jabatan itu menunjukkan taburan hujan yang sedikit di lokasi nahas.

“Jumlah taburan hujan di kawasan nahas sewaktu kejadian adalah kurang berbanding kea­daan di Kuala Lumpur. Kebiasaannya, taburan hujan sedikit-sedikit seperti itu tidak akan menjejaskan sebarang pe­nerbangan.

“Pengangkutan udara masih boleh beroperasi ketika hujan sedikit-sedikit sementara sekiranya berlaku hujan lebat yang di­sertai ribut petir akan menyebabkan penerbangan ditangguhkan,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.55 petang Sabtu lalu, enam individu termasuk Jamaludin dan Azlin terbunuh apabila helikopter AS365 yang mereka naiki terhempas dan terbakar.
Sumber : Utusan Online

MISTERI 3: SIAPA AIDANA BAIZIEVA ?

Polis masih tidak dapat mengesahkan identiti penumpang wanita dikenali Aidana Baizieva yang berada di dalam helikopter AS365N2 yang terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih, kelmarin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, pihaknya telah mengambil keterangan seorang individu yang dipercayai adik tiri kepada mangsa.

“Individu tersebut tampil membuat pengecaman mayat mangsa di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira pukul 11 pagi ini dan kita masih menunggu laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) daripada pihak hospital.

“Setakat ini, kita hanya boleh mengesahkan identiti mangsa keenam dipercayai adalah seorang wanita dan siasatan masih dijalankan,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.55 petang kelmarin, enam individu termasuk Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr. Jamaludin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Seri Azlin Alias terbunuh apabila helikopter AS365N2 Dauphin yang mereka naiki terhempas dan terbakar.

Selain Baizieva, tiga lagi mangsa yang terkorban ialah juruterbang Kapten Clifford William Fournier; ahli perniagaan, Datuk Tan Huat Seang dan seorang anggota polis yang juga pengawal peribadi Jamaludin iaitu Koperal Razkan Seran.

Bagaimanapun, status Baizieva masih lagi menjadi misteri berikutan identiti wanita tersebut yang didakwa sebagai pembantu juruterbang belum dapat disahkan oleh mana-mana pihak.

Dalam pada itu, tinjauan Utusan Malaysia di HKL mendapati seorang wanita dipercayai waris kepada Baizieva kelihatan berada di pekarangan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) bagi proses pengecaman mayat.

Bagaimanapun, jurucakap HKL berkata, pihaknya masih mengklasifikasikan mayat tersebut sebagai ‘unknown’ dan masih menunggu siasatan daripada pihak polis.

Tambah jurucakap itu, status juruterbang helikopter telah disahkan warganegara Amerika Syarikat (AS) oleh kedutaan negara berkenaan.

“Tuntutan mayat juruterbang tersebut adalah urusan pihak kedutaan dan kami belum dimaklumkan bila tuntutan itu akan dibuat,” jelasnya lagi.

Sementara itu, sumber Kedutaan Krygstan ketika dihubungi berkata, pihaknya mengesahkan seorang waris hadir bagi membantu proses pengecaman mayat penumpang wanita dalam nahas itu.

“Berdasarkan rekod, wanita itu berada di Malaysia kira-kira satu tahun dan masih belum berkahwin,” katanya.
Sumber : Utusan Online

Di harap 3 misteri ini terjawab dan dapat menyelesaikan misteri yang dibualkan oleh rakyat Malaysia sekarang !

1 comment:

Anda suka artikel dalam blog ini ? Jangan lupa klik mana-mana iklan sebagai tanda sumbangan anda