Petua penting masa nak keluar mancing udang
Keluar Rumah
Berniat untuk pergi memancing pastikan kita terus ke tempat yang dituju dan jangan singgah mana-mana. Inilah lambang kesungguhandan 'kelurusan' terhadap niat untuk memancing.
Posisi Memancing
Duduklah dengan sopan dan mengadap kiblat. Pesan orang tua-tua kita ikut je la.
Jangan Bercakap-cakap
Ini adalah pesanan orang tua-tua dahulu kalau memancing janganlah bercakap-cakap melainkan kata-kata yang berfaedah sahaja. Perkara yang baik dan berfaedah semua makhluk suka (termasuk udang).
Kata-kata Adalah Doa
Oleh yang demikian tanamlah keyakinan positif kita akan mendapat hasil yang memuaskan dan jangan berkata udang tiada, tak dapat dan seumpamanya. Jika ditanya udang ada ke takda? Ada.. Banyak……(doa).
Jaga Adab
Janganlah menyumpah-nyumpah dan marah-marah sebab tak dapat hasil dan sebagainya. Semua makhluk akan lari (termasuk udang).
Hormatilah Udang
Janganlah dicampak-campak dan yang seumpamanya, kemungkinan susah nak dapat udang pada masa akan datang.
Jangan Tertipu
Pancing punyalah lama sekali dapat anak udang pulak tu. Jangan marah-marah, lepaskan udang tu balik ataupun bawa balik seperti biasa. Mungkin dihantarnya cucunya dahulu dan kemudian barulah yang 'bapak-bapak'. Jangan tertipu……
Udang Galah vs Buaya - Keselamatan
Pada kebiasaannya jika ada udang galah maka akan ada buaya, ini adalah betul hasil kajian dimana udang galah tersebut mencari makanan di badan buaya yang berlumut dan kekotoran yang melekat. Kesimpulan disini adalah janganlah kita membawa makanan berasaskan daging kerana buaya amat sensitif dengan bau-bauan berasaskan daging. Paling penting mulut jangan celupar dan menyebut nyebut nama buaya kerana ia akan bergerak kearah kita (rujuk Petua Besar).
Arah Angin
Kebiasaan hidupan akan bergerak mengikut arah angin, maka carilah tempat di tepian akhir mengikut arah angin. Kalau kita menongkah arah susah jadinya.
Ayam Jantan Mencari Makan
Perasan tak kat kampung kalau ayam jantan nak 'tackle' ayam betina, dia buat kuis-kuis tanah sambil berbunyi macamlah ada makanan kat situ dan lepas tu ayam betina pun datang. Perhatikan jika ayam jantan terkuis ranting-ranting kayu maka ambillah dan lekatkan pada joran pancing dan sematkan dalam hati yang bermaksud macamana ayam betina tu datang macamtulah udang/ikan tu datang pada kita.
Hujan
Hujan mengakibatkan air keroh (sungai) dan mengubah ekologi kehidupan dan ini mengakibatkan hidupan berubah dan pandangan mata terhadap umpan adalah kurang. Oleh yang demikian tunggulah cuaca yang sesuai untuk memancing.
Perumpun
Potong dahulu dari arah ekor barulah ke kepala dan umpan boleh hidup lebih lama.
Lubuk (Udang)
Hasil kajian udang gemar berada secara berkumpulan, oleh yang demikian jika tiada sentuhan dan jamahan umpan hendaklah kita kerap bergerak mencari lubuk ia berkumpul. Sebab itulah kita nampak orang lain asyik mengena je dan kita asyik menjeling je. Sampai satu masa kelompok udang habis maka kenalah cari lubuk baru.
Meletak umpan
Hasil kajian juga udang bergerak merayap-rayap di dasar air untuk mencari makanan, maka sesuaikanlah mata kail supaya ia berada didasar air.
Aroma Umpan
Jangan basuh tangan selepas memasang umpan (cacing, perumpun) kerana ia mempengaruhi kadar kehilangan bau-bauan yang boleh menarik perhatian udang/ikan.
Air Sejuk
Air yang sejuk membuatkan hidupan air tidak aktif. Keadaan begini selalunya dipengaruhi oleh hujan dan mendung lalu mempengaruhi suhu air di kolam ataupun sungai dan laut. Untuk mengetahui suhu air lontarkan batu ladung ke dasar air dan biarkan selama beberapa minit dan ambil batu ladung dan rasa, jika batu ladung sejuk adalah lebih baik batalkan saja niat memancing dan terus pergi ke Khulafa kena canai teh tarik.
Buih-Buih Kecil
Perhatikan buih-buih kecil yang dikeluarkan oleh udang, jika ada maka letaklah joran anda disitu. Bagi kolam dalam bangunan kedai banyak buih dari paip-paip angin, maka kena pilih buih betul-betul dari udang.
Makanan Udang
Udang memakan daging-daging lembut seperti cacing, perumpun, hati ayam dan serangga-serangga seperti cengkerik dan sebagainya. Maka bolehlah kita menggunakan umpan yang menjimatkan kos.
Umpan Istimewa1
Ambil parut kelapa yang belum dibuang santan dan goreng tanpa minyak (macam kerisek) dan beri makan pada cacing tanah. Setelah cacing gemuk kekenyangan ambillah buat umpan. Aroma kelapa dan daging lembut cacing pasti menawan udang. Selamat mencuba.
Umpan Istimewa2
Bahan-bahannya, belacan dan jantung ayam yang telah dipotong kecil-kecil. Caranya, bakar belacan sehingga kering dan tidak hangus dan hancurkan. Gaulkan belacan yang hancur dengan dengan jantung ayam yang sudah dipotong-potong dengan sedikit air dan peramkan dalam peti ais di ruangan sayur-sayuran selama 5 ke 7 hari dan barulah gunakan sebagai umpan.
thank you untuk petua pentingnya
ReplyDeleteharga scania truck
Lama tak dengar ayat 'batu yg dipatuk ayam jantan' petua lama tu❤️
ReplyDelete