Tips WAJIB ketika pancing Udang Galah

Tips yang hendak diturunkan ini berdasarkan pengalaman sendiri :



"Ada udang, ada buaya". Itu adalah lumrahyang biasa diperkatakan oleh pemancing udang galah.
Bukan apa , ini untuk memastikan pemancing sentiasa berhati-hati dalam apa jua keadaan.


Pancing / Jorang

Batang pancing / jorang hendak lah lembut dan mudah melentur. Kalau dulu kita orang gunakan ranting buluh duri / buluh minyak / buluh pelenting (sejenis buluh kecil - biasa dijadikan pancing di kampung). Kalau zaman cyber ini pakai jorang yang panjang 3-3.5 kaki, dengan kekuatan 4-10ib. Pancing sepanjang ini amat sesuai sekali memancing menggunakan boat / sampan. Kalau memancing tebing gunakan pancing / jorang panjang sedikit iaitu 4-4.5 kaki, dengan kekuatan 4-10 ib.

Tali utama

Gunakan tali yang berdiameter halus supaya dapat merasai kenikmatan memancing udang galah. Korang hanya perlukan tali yang berukuran 10-15 paun sahaja untuk tali utama.

Perambut Mata

Tali perambut mata kail hendaklah lebih halus dari tali utama. Gunakan tali tangsi berukuran 5 - 8 paun sudah cukup. Sebab berat udang jarang melebihi 800gm. Penggunaan perambut halus juga penting apabila sangkut di kayu, tunggul dan seumpamanya perambut mudah putus dan batu ladung masih ada.

Mata Kail

Gunakan mata kail mata sabit. Terdapat 2 jenis mata kail iaitu berduri pandan dan tidak berduri. Kalau nak memancing udang galah kat sungai, mata kail berduri yang bersaiz 1/0 (saiz udang lebih 600 gm), 2 dan 3 adalah digalakkan. Penggunaan mata saiz 2 dan 3, batu ladung saiz 3 dan 4 serta kelembutan batang pancing / jorang bersaiz 6 - 10 ib lebih sensitif jika udang mula memegang umpan.. kita dapat melihat dgn jelas getuan udang dan boleh mengagak bila joran perlu diangkat.

Batu ladung

Gunakan batu ladung sangat penting kerana kebiasaannya udang galah hidup di tempat yang berarus. Jika lubuk / sungai yang tenang, hanya perlukan saiz batu ladung 2,3 @ 4. Jika tempat yang berarus pula gunakan batu ladung yang bersaiz 5 hingga 6 adalah amat sesuai. Apa-apa pun lihat situasi / lokasi anda memancing.

Umpan

Umpan salah satu benda penting untuk memancing udang galah.Kebiasaannya gunakan umpan cacing tanah (cacing lembik / merah), anak udang bendang, umpun-umpun dan hati ayam yang dihiris kecil. Apa-apapun tanya pemancing-pemancing yang memancing dilokasi diterjah. Apa umpan digunakan di sungai itu. Kalau sungai Panching / Sg.kuantan yang aku terjah minggu lepas umpan istimewa daging ikan haruan segar. Umpan lambat di ragut tapi udang galah besar-besar didaratkan.

Tips rahsia !!!!..

1.Tabur tanah berbau cacing yang berlebihan dalam bekas cacing ke lokasi nak di labuhkan umpan.
2.Gunakan ikan sardin, kemudian tebuk tin lubang-lubang kecil dan labuhkan seperti sauh di lokasi memancing.
3.Pakai umpan busuk, pakai kayu boleh menyerap bau sebesar manik rendam dalam umpan busuk. (biasanya aku dah sediakan sekali dengan ikatan ladung menggunakan dawai stailess steel dan rendam). Bila nak guna rendam selepas tu cangkuk gunakan kekili).
4.Gunakan kekili yang ada ikatan manik berwarna warni, udang memang suka benda-benda berkilau apabila terkena silauan cahaya. Kalau sianghari gunakan manik silver/mutiara dan kalau mancing malam pakai manik berwarna hijau.
5.Memancing masa air surut, keruh sedikit dan air mengalir. memancing kawasan sampah sarap, berkayu, kawasan pokok mengkuang, ara, jejawi, pokok rendang seperti pokok bunut dll.
6.Gunakan hirisan isi ikan segar sebagai umpan, jangan buang sahaja ikan yang terkena semasa memancing udang. Hirisan ikan haruan lagi besar udang galah didaratkan.
7.Gunakan kelapa dan belacan digoreng, umpan dicelup sebelum melabuhkan umpan. Kalau tiada belacan pakai sahaja udang gagau / udang baring. Umpan ini selalu digunakan juga dikolam udang komersial...eeemmmm power.

Pastikan tabiat permakanan udang galah adalah berbeza mengikut keadaan sungai, pengaruh pasang surut air Laut (udang galak masa air surut dan keruh), struktur sungai (berliku-liku, dasar sungai bertanah liat, banyak sampah sarap, kayu dll), diet setempat ( tanya pemancing setempat / orang kg area tu) dan juga suhu air (udang galak pada suhu air agak suam, maksud air mengalir). Buat tinjaun dulu sebelum memancing di satu-satu lubuk udang mahupun ikan. Jangan jadi pemalas. Jangan datang tahu nak memancing sahaja...sebab tu selalu dapat batang pancing jeeeaaa, udang tak dapat.

7 comments:

  1. ikan sardin fresh yg diletak dlm tin atau ikan sardin yg siap ada sos tomato tu?

    ReplyDelete
  2. Guna ikn sardin tin bahaya buaya datang Tak?

    ReplyDelete
  3. Tali tu seeloknya brape lb.. mohon kasi jelas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mainline bawah 15b,perambut pun bawah 15lb,perambut carik yg kejung/keras skit,Kalo tak nnt die berpintal

      Delete