1001 Rahsia Udang dan pelbagai cerita menarik.

Habis ikan aku mati !

Sedihnya aku.... habis ikan aku mati,
Ini semua gara-gara aku tukar air kolam ....
air lama aku tukar baru tapi tak letak anti-klorin.
Esoknya semua ikan aku mati....semua sekali !
kecuali ikan majlis perbandaran.
Ikan tu memang tahan ! letaklah air apa pun mesti hidup punya
tapi jangan letak air panas...gerenti jadi ikan rebus punya !



Ikan yang mati lebih kurang dalam 50 ekor.....
Ikan kap, ikan talapia, ikan patin, ikan macam2 lagi...

Dalam gambar ni aku shot sikit aje yang lain dah di 'kebumikan'.


Kolam aku ni kalu tukar air baru semuanya kena masukkan anti klorin
sebanyak 8 botol baru padan dengan air kolam tu.

Aku tak masukkan udang yang aku pancing...kalu letak dalam kolam pasti
habis semua ikan aku disepit sang biru.

Ni aku nak crita sikit tentang kolam aku ni...
kolam ni aku bina dalam tahun 2008.
Aku buat sendiri ni...
Tak minta bantuan orang atau mana-mana pakar...


Kemahiran yang perlu ada hanyalah pandai menggaul simen,
sikit2 tentang sistem paip dan boleh mengecat sikit2 juga
yang paling penting kesungguhan nak buat dan rajin.
Kos semuanya tak sampai RM 1000.00 pun ( siap dengan enjin )


Kolam aku ni 100% konkrit dengan simen.
Berlantaikan mozek didalamnya supaya senang nak cuci.
Aku buat 2 tingkat, tingkat atas untuk air terjun.
Sistem penapisnya biasa aje...ada 3 penapis.
Yang penting untuk air sentiasa jernih pastikan makanan ikan yang lebih kita
kaut buang jangan dibiarkan mendap dalam kolam.
Mendapan makanan ikan yang akan menyebabkan air kolam menjadi hijau dan
cepat kotor.

Kolam ni aku buat sikit-sikit, ambil masa kat 3 bulan baru nak siap.
Dah siap tu kena biar air dulu dalam 3 hari kalu tak ikan mesti
pening terbau cat baru. Aku masukkan batang pisang supaya semua bau cat baru
akan diserap.
Aku guna cat yang baik punya !
Yang kilat2 tu aku guna syelek batu tu pun yang berkualiti
satu tin yang 5 liter tu dalam RM150.00
sebabnya supaya kilatannya tahan lama.
Dah masuk 3 tahun pun masih berkilat lagi...
tu kena hujan panas.

Kolam aku ni tak de bumbung untuk berteduh..
Bukan apa kalu ada bumbung tu airnya lambat sikit keruh.
Bukan tak nak buat tapi belum pandai nak buat bumbung tengah duk kaji
macam mana struktur yang sesuai.

Alhamdulillah, kolam aku tak bocor2 lagi hingga sekarang !
Kalu kau orang nak buat kolam bolehlah aku bagi tips sikit2
banyak2 pun tak pandai...
Yang penting kolam jangan bocor !

8 comments:

  1. Kalau tak nak keruh atau air hijau..pasang lampu UV insyaAllah air tak keruh..lampu UV letak dlm salur paip sambung ke pam..

    ReplyDelete
  2. Kalau tak nak keruh atau air hijau..pasang lampu UV insyaAllah air tak keruh..lampu UV letak dlm salur paip sambung ke pam..

    ReplyDelete
  3. Salam admin, blh tak kongsi tips2 menyimen supaya kolam tak bocor? Apapun kolam tu memang cantik..

    ReplyDelete
  4. Saya pun ada pengalaman buat kolam. Tapi ambik masa sbln juga la.. hehehe.

    Taknak bocor, lepas plaster dinding dan lantai kolam, beli A B Bond waterproof.
    Jenama pentens.

    ReplyDelete
  5. Blh sy pm admin. Nk menuntut ilmu bt kolam

    ReplyDelete
  6. Blh admin wasap sy 0196118839. Sedang mencari ilmu utk DIY kolam

    ReplyDelete
  7. Blh admin wasap sy 0196118839. Sedang mencari ilmu utk DIY kolam

    ReplyDelete
  8. GOOD INFO...SAYA BARU BUAT KOLAM JUGA..CUCI AIR 2 HARI SJ..MASOK IKAN ..IKAN JADI LEMAU...SKRG IKAN ADA BATANG PISANG PON ADA...DLM KOLAM

    ReplyDelete

Anda suka artikel dalam blog ini ? Jangan lupa klik mana-mana iklan sebagai tanda sumbangan anda