1001 Rahsia Udang dan pelbagai cerita menarik.

Maggi Udanggaloh di bulan puasa

Salam semua....
lama dah rasanya tak post entri kat blog ni.....sibuk dengan urusan dunia. Hinggakan yang tersayang - Udanggaloh- dilupakan sekejap.

Kali ini aku nak berkongsi dengan anda semua tentang menu udang galah di bulan puasa ni.
Biasanya di bulan puasa ni udang di buat colek. Di makan lepas solat terawih. Memang menyelerakan colek udang di campur dengan sotong dan bebola ikan yang digoreng dengan tepung.



Tetapi ada satu lagi menu udang galah yang amat menyelerakan di makan lepas  solat terawih iaitu Maggi Udang Galah......mesti terangkat punya !


Kalau rasa harganya agak mahal kalau makan di kedai boleh buat sendiri menu ini....
sangat mudah. Dan boleh makan bersama keluarga sambil berborak pasal Bolasepak Piala Dunia
di bulan puasa.

Ni aku bagi resepi Kaw-kaw  Maggi Udang Galah di bulan Puasa !

Bahan-Bahan :-

• Udang Galah saiz ikut pilihan anda
• Maggi Kari + Perencahnya
• Sedikit serbuk kari ( kalau suka )
• Daun Kari
• Santan ( sikit je.. kalo tak nak pon xpe)
• Bawang merah, Bawang Putih & Halia yang dicincang
• Telur ayam
Cara-Cara:-
1. Tumiskan bawang merah, bawang putih & halia
2. Bila dah agak-agak nak garing masukkan daun kari
3. Masukkan perencah KARI MAGGI. Kalo nak power tambah sikit lagi serbuk kari.
4. Tumis sehingga pecah minyak
5. Selepas itu masukkan udang galah & gaulkan
6. Masukkan santan(kalau nak lah ) + air + perasa
7. Bila dah agak mendidih leh masukkan telur
8. Masukkan mee maggi + sayur
9. Sedia untuk dihidangkan panas-panas !

SELAMAT BERPUASA untuk peminat blog Udanggaloh !


1 comment:

  1. saya berminat untok meceburi didalam bidang untok pembiakkan udang kara sacara komesial harap mendapat khimat nasehat,

    ReplyDelete

Anda suka artikel dalam blog ini ? Jangan lupa klik mana-mana iklan sebagai tanda sumbangan anda