1001 Rahsia Udang dan pelbagai cerita menarik.

Kolam Jadi Wakaf

Salam semua untuk peminat blog udanggaloh.....bukan setakat cerita udang tetapi pelbagai cerita menarik !

Kali ini aku nak berkongsi tentang sebuah kolam yang aku bina sendiri....lebih kurang pada tahun 2009.
Hasilnya seperti gambar di bawah....keluasan lebih kurang 10 kaki x 10 kaki.

Dengan pengetahuan yang sedikit membancuh simen aku tekad dan berazam untuk membina sebuah kolam ikan sendiri. Apa yang menakjubkan lagi boleh buat dua layer lagi.....air terjun !
Kosnya semua sekali lebih kurang RM 1500 termasuk pam air dalam rm 300. Penapis aku buat sendiri kat bahagian belakang.
Pelbagai ikan telah aku bela dan memang memuaskan melihat ikan berenang di dalam kolam buatan sendiri..

Sapa-sapa nak belajar boleh aku bagi petua cara nak bina kolam ikan. Yang penting kolam ikan ini jangan bocor !
Mujur kolam aku tak bocor ! ada petuanya dan caranya nak bagi kolam tak bocor !
Masuklah air selama mana air tak kan kurang !


Yang timbul masalah kolam aku adalah masa nak tukar air kolam....ikan pasti ada yang mati walaupun hanya tukar separuh air kolam. Ini disebabkan air kelantan terlampau banyak klorin. Yang baiknya guna air telaga atau boring tapi rumah aku hanya ada air kelantan sahaja.....

Tahun 2014 aku nak upgrade kolam aku....
 Asalnya idea memang nak tambah lagi kolam ikan tu...tapi bila bincang semula dengan ahli keluarga ramai yang bersetuju agar kolam ikan tersebut ditukar kepada Wakaf !

Muadah untuk makan goreng pisang atau bersantai waktu petang.

Maka bermulalah projek membuat wakaf !

Langkah pertama aku pasang bumbung dulu kemudian memasukkan pasir dalam kolam tersebut...
Semuanya sendiri takde upah orang !

Budget dalam Rm 500 sahaja !


Akhirnya kolam ikan telah bertukar menjadi wakaf pada tahun 2014 !



Siap pasang mozek lagi ! Sendiri pasang tu.....



Hiasan batu dan cat semuanya sendiri buat.... apa macam ? Cantik tak ?

Jomlah...jemput berehat di wakaf ini sambil bersih pancing udang !

1 comment:

Anda suka artikel dalam blog ini ? Jangan lupa klik mana-mana iklan sebagai tanda sumbangan anda