1001 Rahsia Udang dan pelbagai cerita menarik.

Udang kara pilihan hiasan akuarium

SEBUT saja udang kara air tawar (Cherax Quadricarinatus), tidak ramai yang mengetahuinya. Ia tidak begitu popular.

Suatu ketika dulu, ia terbiar begitu saja dan banyak bertaburan di tali air, anak sungai kecil berbatu dan menjadi penghuni setia parit sekitar sawah padi.

Namun spesies itu kini sudah menjadi tarikan ramai, terutama peminat ikan akuarium sekitar Kota Bharu, Kelantan.

Udang Kara air tawar kini mendapat sambutan baik sebagai udang hiasan akuarium sekali gus ia muncul sebagai pesaing utama ikan hiasan.

Ini berikutan, warnanya yang cantik kebiruan serta mempunyai sepasang sepit gergasi kemerah-merahan. Malah, ia tidak ganas walaupun disatukan bersama ikan hiasan lain.

Ia memang cantik dan jinak. Tetapi awas, sepitnya yang kuat mampu mencederakan jika disepit. Selain sebagai penghias akuarium, ia juga boleh dijadikan sebagai lauk hidangan.



Sspesies itu dulunya mudah ditemui sekitar parit di sawah padi. Anak udang bersaiz kecil boleh dijadikan umpan pancing.

Tetapi, sejak penggunaan racun rumpai dan serangga bagi memelihara tanaman padi digunakan berleluasa, ia semakin pupus.

Mengenangkan sifatnya yang cantik, udang ini boleh dikomersilkan selain boleh dimakan, ia juga sangat cantik jika dijadikan sebagai hiasan akuarium.

Udang kara betina dan jantan boleh dibezakan menerusi perbezaan warna. Udang jantan lazimnya memiliki sepasang sepit besar dan tompokan kemerah-merahan di bahagian hujungnya manakala spesies betina mempunyai bintikan keputihan di bahagian carapas. Lebih jelas, jika ia bertelur, hujung carapas akan membengkok ke dalam.
Untuk hiasan dalam akuarium , kita perlu meletakkan objek yang boleh dijadikan tempat untuk udang berlindung. Selain berlindung objek tersebut seperi batang paip adalah tempat untuk udang membiak dan salin kulit.

Ia lebih cepat membesar jika diternak dalam kolam tanah. Ia mencapai usia matang dalam tempoh tujuh hingga lapan bulan. Bagi seekor induk, lazimnya boleh bertelur sebanyak 200 hingga 400 biji. Biasanya ia akan bertelur empat hingga lima kali setahun.

Untuk penetasan dan ternakan pula, ia memerlukan suhu air antara 26 hingga 31 darjah Celsius. Manakala kadar Oksigen terlarut ialah antara 3 hingga 5 ppm. Udang ini lebih lasak jika dibandingkan dengan spesis ikan hiasan lain. Ia boleh hidup selesa dengan PH air antara 6 hingga 8.5.

Beliau berkata, harga udang ini mahal jika mencapai saiz pasaran. Ia mampu dijual dengan harga RM70 hingga RM80 sekilogram.

Disebabkan permintaan terlalu hebat, setiap udang peliharaannya laris meskipun hanya mencapai saiz dua sentimeter hingga lima sentimeter yang dijual dengan harga RM2 hingga RM3 seekor sebagai udang hiasan.

Tempoh ternakan paling kritikal ialah semasa bersalin kulit. Waktu ini ia sering menjadi mangsa dibaham oleh udang lain.

Justeru, kita mesti mengambil langkah pencegahan.


INFO
Kolam tanah cepat membesar/matang – 1m2:10 ekor
Suhu sekitar 26-31c
Kandungan udara: O2 terlarut – 3-5ppm
Paras keasidan: PH-6-8.5

1 ekor induk betina udang kara (Lopster) boleh bertelur dari 50 hingga 1500 biji telur.
• Induk betina boleh bertelur tiga kali setahun.
• Penternakan udang kara air tawar boleh membesar dalam lingkungan 8 inci hingga 14 inci.
• 1 ekor udang kara air tawar mempunyai berat dari 75gram
hingga 250 gram.

Berkenalan dengan Udang kara Air tawar.

• Rupa bentuk serupa dengan udang kara laut.
• Bezanya ia mudah di pelihara.
• Udang kara air tawar memiliki dua bahagian iaitu Kepala dan Badan, cengkerang yang menutup kepala udang tersebut berfungsi untuk melindungi organ tubuh seperti otak, insang, hati dan tepi organ.
• Udang kara merupakan spesies yang tidak memiliki tulang dalam.
• Permukaan tubuh dan organ luarnya diliputi dengan cangkerang
• Sepasang antena yang berperanan untuk merasa dan meraba makanan dan keadaan sekitar.
• Sepasang antena yang berfungsi untuk menghidu sebelum mengambil makanan.
• Sepasang penyepit yang lebar dengan ukuran lebih panjang dibandingkan dengan ruang dasar penyepitnya.
• Enam ruas badan (abdomen) agak menipis dengan lebar badan rata-rata hampir sama dengan kepala.
• Satu ekor tengah yang pipih sedikit lebar dan dilengkapi duri-duri halus yang terletak di semua bahagian tepi ekor serta dua pasang ekor tepi yang pipih.
• Enam pasang kaki berperanan ketika renang.
• Induk betina yang sedang bertelur, kaki renang memiliki rangsangan untuk bergerak bagi meningkatkan oksigen terlarut disekitarnya sehingga keperluan oksigen telur dan larva dipenuhi.
• Kaki renang digunakan untuk membersihkan telor dan larva dari kekotoran.
• Empat pasang kaki untuk berjalan.
• Jantina udang kara dapat dilihat melalui perbezaan pada bahagian kaki dan ukuran sepit.
• Udang kara jantan memiliki sepit lebih besar dari induk betina.
• Kecerahan warna kulit dan warna pada hujung sepit dapat membezakan jantan dan betina.

Mistik pada udang kara :

Apabila mati atau salin kulit udang kara akan meninggalkan sepasang 'batu ??' seolah-olah yang telah dicanai berwarna keputihan .
Buntat Udang Kara ini diperolehi dari sepasang Udang Kara yang mati di dalam akuarium.
Bila diamati, ianya sejenis buntat yang melekit bila dipegang, ada renjatan seperti menyedut minyak peluh tangan (mungkin ada penawar dalam perubatan ??) dan tenggelam dalam air walaupun ringan dan agak rapuh, al-maklum lah udang.

1 comment:

  1. Saya ada udang karang liar yang baru tangkap sesiapa berminat untuk beli sila hubungi saya di number 01131054352

    ReplyDelete

Anda suka artikel dalam blog ini ? Jangan lupa klik mana-mana iklan sebagai tanda sumbangan anda