1001 Rahsia Udang dan pelbagai cerita menarik.

Ada udang ada Buaya

MEMANCING udang galah di sungai semula jadi atau sungai lama cukup menyeronokkan disamping memperoleh tangkapan udang yang banyak, berada persekitaran sungai sebegini sangat mendamaikan.


Namun, adakah kita tahu udang galah dan buaya berkongsi habitat dan pepatah lama ada menyebut di mana ada udang galah di situ ada buaya.

Tip di sini, apabila kita menjumpai lubuk yang berjaya menaikkan udang yang banyak, kita dinasihatkan agar tidak berada terlalu lama dekat lubuk di situ.

Dikatakan lubuk yang mempunyai udang galah yang banyak kebarangkalian didiami buaya yang berdekatan dengan lubuk udang ini. Ini mungkin membahayakan diri yang mungkin menjadi sasaran serangan binatang pemangsa ini.




Pada kebiasaannya jika ada udang galah maka akan ada buaya, ini adalah betul hasil kajian dimana udang galah tersebut mencari makanan di badan buaya yang berlumut dan kekotoran yang melekat. Kesimpulan disini adalah janganlah kita membawa makanan berasaskan daging kerana buaya amat sensitif dengan bau-bauan berasaskan daging. Paling penting mulut jangan celupar dan menyebut nyebut nama buaya kerana ia akan bergerak kearah kita.

1 comment:

Anda suka artikel dalam blog ini ? Jangan lupa klik mana-mana iklan sebagai tanda sumbangan anda