1001 Rahsia Udang dan pelbagai cerita menarik.

Cara memilih Joran dengan tepat

Joran pancing mempunyai  bermacam-macam jenis kegunaannya untuk teknik memancing ikan. Antara kriteria untuk memancing ikan laut dengan ikan air tawar sangatlah berbeza. Untuk kriteria joran pancing yang kuat, kita harus faham dengan berbagai macam teknik memancing dan kegunaan cara memancingnya.


Seperti kriteria untuk memancing ikan laut diperlukan banyak syarat atau kriteria tertentu, sedangkan untuk kriteria memancing ikan air tawar mungkin tidak banyak kerenahnya seperti kriteria memancing ikan laut. Kalau kita sudah faham dengan cara memilih fungsi dan kegunaannya.....
sekarang kita boleh menentukan standard kekuatan dengan yang kita inginkan.

Standard bahan yang umum dipakai untuk joran pancing yang kuat :

Komposit Karbon dengan Fiberglass.
Komposit Graphit dengan Fiberglass.
Komposit Graphit dengan Karbon + E-glass.

Sifat-sifat bahan untuk alat pancing :

Karbon, adalah bahan atau material mempunyai sifat ringan, padat dan  kuat.

Fiberglass, adalah bahan yang mempunyai sifat elastik, lentur dan tidak mudah patah tetapi sangat berat.

Graphit, adalah bahan  yang mempunyai sifat elastik, padat, ringan dan kuat, tetapi bahan graphit adalah termasuk bahan pengalir elektrik yang baik.


1. Komposit Karbon dengan Fiberglass.


Sifat bahan karbon adalah mempunyai sifat yang  cukup kuat dalam menerima tekanan. Dan sifat fiberglass adalah mempunyai sifat yang sangat liat, lentur dan tidak mudah patah. Makanya dilakukan sistem percampuran yang sesuai untuk keperluanhan bahan alat pancing seperti joran.

Joran pancing dengan bahan seperti komposit karbon dengan fiberglass mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Kelebihannya adalah cukupt kuat dan sangat lentur, kekurangannya adalah apabila joran pancing tersebut menerima beban tekanan melebihi kekuatannya,ia  akan patah dua.

2. Komposit Graphit dengan Fiberglass.



Sifat bahan graphit adalah keras dan kuat tetapi bahan graphit itu juga adalah sebuah bahan pengalir elektrik yang baik, jadi berhati-hatilah waktu memancing ikan laut atau ikan air tawar terutama pada saat musim hujan yang banyak petir menyambar-nyambar. Saranan saya kalau memancing ikan laut atau ikan air tawar sebaiknya jangan menggunakan joran pancing yang dari bahan graphit dahulu tetapi pakailah joran pancing yang dari bahan karbon dan fiberglass saja.

Bahan graphit memang terkenal sangat baik untuk bahan utama dalam pembuatan joran pancing, apalagi kalau dicampur dengan bahan karbon dan fiberglass akan menghasilkan joran pancing yang sempurna mutunya. Kerana gabungan dari ketiga bahan utama itu mampu menghasilkan joran yang sangat kuat, lentur sempurna, ringan dan halus serta tahan lasak.

Sekarang ini banyak  alat pancing menggunakan serat kaca atau fiberglass dengan E-Glass yang mempunyai mutu lebih bagus lagi seperti joran Penn International Rods dan Daiwa.

Apabila anda ingin membeli joran pancing untuk memancing dengan teknik apa saja, cubalah cari joran yang menggunakan bahan campurannya E-Glass. Joran pancingnya mempunyai kelenturan yang lembut tetapi sangat kuat untuk menerima beban tekanan yang besar.

3. Komposit Graphit dengan Karbon + E-glass.


Komposisi bahan seperti ini yang sekarang banyak dipakai untuk membuat joran alat pancing, yang mempunyai sifat Ringan, Kuat dan Tahan Lama dan bahan graphit nya sudah terlindungi dengan adanya bahan baru iaitu E-Glass, sehingga dapat mengurangkan tersambar petir kerana graphit yang sifatnya pengalir elektrik yang baik.

Dengan adanya temuan dari komposisi bahan baru ini banyak  alat pancing saling berlumba-lumba menghasilkan alat pancing yang mempunyai kualiti terbaik iaitu ringan, kuat dan  tahan lama.

No comments:

Post a Comment

Anda suka artikel dalam blog ini ? Jangan lupa klik mana-mana iklan sebagai tanda sumbangan anda