1001 Rahsia Udang dan pelbagai cerita menarik.

Kisah si Belangkas

Belangkas ialah sejenis haiwan yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar. Belangkas mudah ditangkap di tepi-tepi pantai kerana tidak menggigit.

Belangkas adalah dari famili Limulidae. Nama saintifik belangkas yang hidup di pinggir pantai ialah tachypleus gigas dan yang ditemui di kawasan paya ialah carcinoscorpius rotundicauda.

Haiwan ini merupakan artropod laut yang bentuk badannya mirip kepada 'ketopong besi' tentera dan juga mempunyai ekor yang panjang dan tajam. Ia boleh mencapai saiz sehingga 51 cm (20 inci). Mana-mana anggotanya yang putus boleh tumbuh semula dan ia juga mempunyai sistem keimunan yang menakjubkan.

Peribahasa dalam masyarakat Melayu iaitu 'macam belangkas' bermaksud lelaki dan perempuan yang bergerak bersama-sama ke mana-mana sahaja. Kita akan temui belangkas di laut cetek dalam keadaan berdua-dua iaitu seekor jantan dan seekor betina.

Tahukah anda bahawa darah belangkas adalah berwarna biru…

Tahukah anda darah belangkas dikatakan mengandungi bahan untuk mengesan virus,bakteria dan toksin dan mempunyai nilai tinggi dalam bidang perubatan.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-93 yang bersidang pada 21 Februari 2011 telah membincangkan Hukum Memakan Daging/Isi Belangkas dan Telurnya.Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa tiada nas qati’e yang mengharamkan manusia memakan belangkas. Pakar Haiwan Hidupan Air menyatakan bahawa belangkas adalah haiwan yang hidup di laut dalam dan hanya Ia adalah sejenis haiwan satu alam yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar dan ia tidak boleh kekal hidup di darat kerana bernafas menggunakan insang.

Sehubungan itu, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama yang menyatakan bahawa haiwan yang tinggal di dalam laut semata-mata dan tidak boleh hidup tanpa air adalah halal dimakan, maka Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memakan daging/isi dan telur belangkas adalah diharuskan.

Ada dua bahagian belangkas yang biasa dimakan oleh manusia iaitu isi dan telurnya. Isi belangkas berwarna putih dan rasanya seakan-akan isi ketam. Telurnya pula berwarna merah keemasan apabila masak dan rasanya sedikit kenyal apabila digigit. Ketika telur dikunyah anda akan rasa lemak yang  sedap.

Bahagian yang paling sedap ialah isi belangkas. Rasanya lebih sedap dari rasa ketam.

Cara -cara memasak belangkas.
Mula-mula rebus belangkas yang ditangkap. Jangan lupa terbalikan beberapa kali bagi memastikan ia cukup masak.


Belangkas Yang Sedang Direbus

Disyorkan matikan dulu belangkas sebelum direbus.
Caranya senang je... bungkus dalam plastik, letak dalam petis ais. Jangan buang ekor kerana ia akan memudahkan memegang dan memusingkan belangkas ketika berada di dalam kuali yang panas.




Proses Mengambil Isi Dan Telur

Gunakan pisau yang tajam untuk membelah bahagian dalam kepala belangkas bagi mengeluarkan isi dan telurnya. Gunakan sudu untuk mengikis telur belangkas dan letak di dalam bekas yang bersih. Jika belangkas sudah cukup masak...  boleh makan terus isi dan telur belangkas berkenaan.

Rupa Isi Belangkas


Isi Dan Telur Belangkas

Ada satu petua yang ingin dikongsi. Jangan sekali-kali memegang dan menggosok kepala belangkas semasa ia hidup kerana jika belangkas berkenaan ada telur... telurnya akan berbuih apabila ia di masak nanti. Penghasilan buih yang banyak di kawasan simpanan telur akan menyukarkan proses membersih dan memakan telur belangkas berkenaan.


Isi Dan Telur Yang Dimasak Bersama

Selepas isi dan telur belangkas dikumpul dan diasingkan, potong bawang, cili macam biasa.
 Tumiskan bawang dan masak telur dan isi belangkas bersama.
 Masukkan sekali serai yang telah ditumpuk dihujungnya. Jangan lupa garam secukup rasa. Anda juga boleh membuat sambal tumis menggunakan isi dan telur belangkas.

Di Johor, hanya belangkas betina ditangkap dan dijual dengan harga antara RM2 hingga RM5 seekor mengikut saiz. Orang kat sana memasak belangkas berserta dengan kulit yang dipotong-potong. Masakan kegemaran ialah asam pedas kering. Korang boleh cuba... Di restoran-restoran Cina, masakan belangkas ini cukup popular.

No comments:

Post a Comment

Anda suka artikel dalam blog ini ? Jangan lupa klik mana-mana iklan sebagai tanda sumbangan anda