1001 Rahsia Udang dan pelbagai cerita menarik.

Adakah ikan ini yang diceritakan dalam surah Al-Kahfi?

Amat sukar rasanya berfikir dengan logik akal bagaimana ikan mampu hidup tanpa air.
Apa yang kita pelajari disekolah habitat ikan adalah air.
Tetapi Ikan Lungfish (Protopterus Sp), adalah ikan yang disahkan mampu hidup berhibernasi di darat, hidup tanpa air.

Adakah Ini ikan yang diceritakan dalam surah Al-Kahfi?

Lalu Musa berangkat bersama murid sekaligus pembantunya iaitu Yusya. Ketika keletihan, mereka berdua memutuskan untuk berehat sejenak. Waktu itu, ikan yang dibawa olehnya tiba-tiba meronta lalu jatuh ke dalam air.
Dan ikan itu kembali ke laut dengan cara yang aneh.
Yusya yang Ibnu Abas menceritakan bahwa ia mendengar sabda Nabi Muhammad ketika Allah menanyai Musa siapakah yang paling berilmu. Musa menjawab bahwa ia yang paling berilmu. Mendengar jawapan Musa, Allah meminta ia pergi untuk menemui hamba-Nya yang soleh yang lebih berilmu daripadanya, dengan membawa seekor ikan dalam wadah. Allah bersabda kepadanya, bila nanti ikan itu menghilang, maka di situlah Musa akan bertemu hamba-Nya yang soleh.
Setelah meneruskan perjalanan, Yusya menyampaikan tentang apa yang dilihatnya tadi. Mendengar hal itu, Musa segera menyedari sesuatu. Bahawa ia sebenarnya sudah berada di tempat hamba Allah yang soleh itu. Lalu mereka berdua memutuskan untuk kembali ke tempat peristirehatan mereka sebelumnya.
Ketika Musa dan Yusya tiba di tempat itu, yang mereka lihat seorang hamba Allah dengan jubah putihnya. Lalu, Musa mengucapkan salam padanya. Kemudian Khidir menanyakan darimana Musa berasal dan siapakah ia. Musa mengatakan padanya bahwa ia memang bermaksud menemui Khidir, supaya Khidir mengajarkan padanya ilmu dan kebijaksanaan yang lebih kepadanya. Dengan tegas Khidir memberi tahu Musa, bahwa ilmu yang ia miliki adalah kurnian dari Allah yang diajarkan kepadanya, namun tidak kepada Musa. Dan sebaliknya, apa yang telah Allah ajarkan pada Musa, Khidir pun tak mengetahuinya. Kemudian Musa menyampaikan bahwa ia tak sabar untuk segera mengikutinya. Dan Khidir pun mengingatkannya, bahawa Musa tak boleh menanyakan apapun juga sampai hal itu dijelaskan padanya.
Pertemuan Musa dengan Khidir membuatnya lupa akan ikan yang hilang tadi. Ikan dalam surat Al-Kahfi ini yang diakui sebagai bukti kebesaran Allah iaitu ikan yang mampu hidup tanpa air. Jenis ikan ini mampu masuk ke dalam tanah. Cara yang aneh bagi seekor ikan. Apa yang terjadi pada ikan ini adalah bukti bahwa Allah Maha besar dengan segala kuasa-Nya.

Ikan yang hidup dengan cara yang aneh ini, inikah ikan yang diceritakan dalam surah Al-Kahfi?

Betul ke Ikan keli makanan paling kotor di dunia

Sebelum ini tersebar di laman sosial kononnya ikan keli merupakan ikan paling kotor di mana viral berkenaan mengatakan ia adalah merupakan kajian daripada pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Berikutan penyebaran berita berkenaan, orang ramai dilihat mula meragui kebersihan ikan berkenaan yang menjadi makanan kegemaran rakyat Malaysia.

Jabatan Perikanan Malaysia(DOF) telah tampil menjawab persoalan ini di mana mereka dilihat menafikan berita yang disebarkan tersebut.

Menurut DOF, tiada kenyataan di laman web WHO seperti yang didakwa oleh penyebar berita tersebut dijumpai, ini kerana penyebar berita berkenaan katanya menjadikan WHO sebagai rujukan.

Selain itu, sehingga kini tiada artikel saintifik,rujukan kertas saintifik atau laporan saintifik mengenai penentuan bilangan sel kanser dalam ikan keli atau mana-mana ikan dari aspek keselamatan makanan.

Mengenai ikan keli diternak dengan 'hormonal feed that are filled with steroids and other fattening chemicals' seperti yang didakwa, sehingga kini tiada maklumat diperolehi mengenai kajian atau laporan spesifik mengenai pengesanan hormon dalam makanan rumusan ikan termasuk ikan keli di Malaysia.

"Ini kerana ikan keli adalah ikan yang murah dan cepat membesar, jadi tiada keperluan untuk menambah 'hormone' atau 'fattening chemicals' dalam formulasi makanan ikan keli yang hanya akan menambahkan kos pengeluaran," jelasnya.

Berdasarkan berita viral itu juga mendakwa ikan keli diberi makan minyak berlebihan menyebabkan ikan berubah rasa, DOF berkata, berdasarkan kajian yang dilakukan di FRI Batu Maung bertajuk 'Sensory evaluation, colour and nutritional content of African Catfish Clarias gariepinus fed with 3 different diets imported feed, local feed and chicken offal' mendapati ikan keli yang diberi makan perut ayam (mempunyai asid lemak mono tak tepu yang tinggi) mempunyai bau dan rasa isi ayam yang signifikan.

"Selain itu dakwaan ikan keli mengandungi Omega 6 boleh menyebabkan sakit darah beku dan artritis, memang tidak dinafikan ia mengandungi omega-6, tetapi tiada kajian spesifik sehingga kini yang mengaitkan pengambilan ikan keli menyebabkan sakit berkenaan," jelas DOF.

Petua penting masa nak keluar mancing udang




Keluar Rumah
Berniat untuk pergi memancing pastikan kita terus ke tempat yang dituju dan jangan singgah mana-mana. Inilah lambang kesungguhandan 'kelurusan' terhadap niat untuk memancing.

Posisi Memancing
Duduklah dengan sopan dan mengadap kiblat. Pesan orang tua-tua kita ikut je la.

Jangan Bercakap-cakap
Ini adalah pesanan orang tua-tua dahulu kalau memancing janganlah bercakap-cakap melainkan kata-kata yang berfaedah sahaja. Perkara yang baik dan berfaedah semua makhluk suka (termasuk udang).

Kata-kata Adalah Doa
Oleh yang demikian tanamlah keyakinan positif kita akan mendapat hasil yang memuaskan dan jangan berkata udang tiada, tak dapat dan seumpamanya. Jika ditanya udang ada ke takda? Ada.. Banyak……(doa).

Jaga Adab
Janganlah menyumpah-nyumpah dan marah-marah sebab tak dapat hasil dan sebagainya. Semua makhluk akan lari (termasuk udang).

Hormatilah Udang
Janganlah dicampak-campak dan yang seumpamanya, kemungkinan susah nak dapat udang pada masa akan datang.

Jangan Tertipu
Pancing punyalah lama sekali dapat anak udang pulak tu. Jangan marah-marah, lepaskan udang tu balik ataupun bawa balik seperti biasa. Mungkin dihantarnya cucunya dahulu dan kemudian barulah yang 'bapak-bapak'. Jangan tertipu……

Udang Galah vs Buaya - Keselamatan
Pada kebiasaannya jika ada udang galah maka akan ada buaya, ini adalah betul hasil kajian dimana udang galah tersebut mencari makanan di badan buaya yang berlumut dan kekotoran yang melekat. Kesimpulan disini adalah janganlah kita membawa makanan berasaskan daging kerana buaya amat sensitif dengan bau-bauan berasaskan daging. Paling penting mulut jangan celupar dan menyebut nyebut nama buaya kerana ia akan bergerak kearah kita (rujuk Petua Besar).

Arah Angin
Kebiasaan hidupan akan bergerak mengikut arah angin, maka carilah tempat di tepian akhir mengikut arah angin. Kalau kita menongkah arah susah jadinya.

Ayam Jantan Mencari Makan
Perasan tak kat kampung kalau ayam jantan nak 'tackle' ayam betina, dia buat kuis-kuis tanah sambil berbunyi macamlah ada makanan kat situ dan lepas tu ayam betina pun datang. Perhatikan jika ayam jantan terkuis ranting-ranting kayu maka ambillah dan lekatkan pada joran pancing dan sematkan dalam hati yang bermaksud macamana ayam betina tu datang macamtulah udang/ikan tu datang pada kita.

Hujan
Hujan mengakibatkan air keroh (sungai) dan mengubah ekologi kehidupan dan ini mengakibatkan hidupan berubah dan pandangan mata terhadap umpan adalah kurang. Oleh yang demikian tunggulah cuaca yang sesuai untuk memancing.

Perumpun
Potong dahulu dari arah ekor barulah ke kepala dan umpan boleh hidup lebih lama.

Lubuk (Udang)
Hasil kajian udang gemar berada secara berkumpulan, oleh yang demikian jika tiada sentuhan dan jamahan umpan hendaklah kita kerap bergerak mencari lubuk ia berkumpul. Sebab itulah kita nampak orang lain asyik mengena je dan kita asyik menjeling je. Sampai satu masa kelompok udang habis maka kenalah cari lubuk baru.

Meletak umpan
Hasil kajian juga udang bergerak merayap-rayap di dasar air untuk mencari makanan, maka sesuaikanlah mata kail supaya ia berada didasar air.

Aroma Umpan
Jangan basuh tangan selepas memasang umpan (cacing, perumpun) kerana ia mempengaruhi kadar kehilangan bau-bauan yang boleh menarik perhatian udang/ikan.

Air Sejuk
Air yang sejuk membuatkan hidupan air tidak aktif. Keadaan begini selalunya dipengaruhi oleh hujan dan mendung lalu mempengaruhi suhu air di kolam ataupun sungai dan laut. Untuk mengetahui suhu air lontarkan batu ladung ke dasar air dan biarkan selama beberapa minit dan ambil batu ladung dan rasa, jika batu ladung sejuk adalah lebih baik batalkan saja niat memancing dan terus pergi ke Khulafa kena canai teh tarik.

Buih-Buih Kecil
Perhatikan buih-buih kecil yang dikeluarkan oleh udang, jika ada maka letaklah joran anda disitu. Bagi kolam dalam bangunan kedai banyak buih dari paip-paip angin, maka kena pilih buih betul-betul dari udang.

Makanan Udang
Udang memakan daging-daging lembut seperti cacing, perumpun, hati ayam dan serangga-serangga seperti cengkerik dan sebagainya. Maka bolehlah kita menggunakan umpan yang menjimatkan kos.

Umpan Istimewa1
Ambil parut kelapa yang belum dibuang santan dan goreng tanpa minyak (macam kerisek) dan beri makan pada cacing tanah. Setelah cacing gemuk kekenyangan ambillah buat umpan. Aroma kelapa dan daging lembut cacing pasti menawan udang. Selamat mencuba.

Umpan Istimewa2
Bahan-bahannya, belacan dan jantung ayam yang telah dipotong kecil-kecil. Caranya, bakar belacan sehingga kering dan tidak hangus dan hancurkan. Gaulkan belacan yang hancur dengan dengan jantung ayam yang sudah dipotong-potong dengan sedikit air dan peramkan dalam peti ais di ruangan sayur-sayuran selama 5 ke 7 hari dan barulah gunakan sebagai umpan.
Anda suka artikel dalam blog ini ? Jangan lupa klik mana-mana iklan sebagai tanda sumbangan anda