1001 Rahsia Udang dan pelbagai cerita menarik.

Petua Penting Memancing Udang Galah

Petua untuk memilih joran


1. Joran atau rod dengan hujung yang lentur dan sensitif serta ring atau cincin yang kecil.
2. Reel spining kecil ukuran kolam.
3. Tali tangsi berupa monofilamen nipis, ukuran 1-2lbs pada mainline dengan leader 2-8 lbs.
4. Kail yang digunakan adalah kail khusus udang atau circle hook tanpa kait (barbless) dengan nomor 9-12
.( ada dijual di kedai ikan )
5. Batu Timah jangan terlalu berat, yang penting tidak dibawa arus.

Petua memilih Umpan

 Umpan yang amat digemari udang galah adalah anak udang hidup, jernih warnanya, merah matanya dan segar. Umpan lain juga boleh digunakan untuk memancing seperti cacing tanah, cacing susu, cacing bakau, . Sementara untuk ‘memanggil udang’ digunakan kelapa bakar yang dipecah-pecah.
 Udang Galah cukup 'terliur' dengan umpan sebegini

Petua memilih waktu dan tempat 

Memancing udang galah sebaiknya tidak pada saat air pasang dan cuaca dengan curah hujan cukup tinggi. Waktu terbaik memancing udang galah ialah pada saat kemarau dan air surut. Biasanya udang sangat agresif pada malam hari. Tempat ‘melepak’ bagi udang biasanya diantara longgokan kayu yang terendam di sungai. Selain itu Udang galah juga sering bermain pada dasar sungai.

 Beberapa hal yang perlu diperhatikan untuk menentukan ‘kawasan’ udang galah didasar sungai adalah seperti berikut:
1. Kenali struktur dasar sungai tempat dimana kita memancing. Selalunya dasar sungai berbentuk liku liku dan beralun-alun.
 2. Pada sungai lazimnya aliran air agak perlahan atau alirannya tidak terlalu deras.
3. Pada arus deras menandakan kawasan tersebut lebih dalam, manakala aliran perlahan pula adalah sebaliknya.


 Cara udang makan 

Berikut ini adalah ciri khas atau kebiasaan udang galah makan:
 1. Apabila udang galah beratnya lebih 300 gm maka umpan akan terus dilarikan  dan ujung joran akan terus melentik kebawah .
2. Untuk udang ukuran 'sedang' biasanya sewaktu umpan dimakan, hujung joran akan dipegang dan ditarik-tarik . Ini disebabkan ia menggunakan ‘mengutis’dengan sepitnya sehingga ujung joran akan terangguk-angguk seperti ikan kecil yang makan.
 3. Untuk udang yang berukuran kecil biasanya pola makannya hampir sama dengan yang berukuran sedang, oleh kerana itu sering – seringlah ‘memantau’ dengan menaikkan ujung joran dan apabila berat atau ada tarikkan maka umpan sedang dimakan.

 Memancing udang galah harus sabar, lembut dan penuh perasaan. Pada saat umpan dimakan oleh udang, joran akan melengkung, yang perlu kita lakukan tahan saja jangan disentak kerana berkemungkinan akan terlepas.Kadang-kadang udang ni dia tak terus telan macam ikan sebab tu jangan disentak dengan kuat . Angkat joran pelan-pelan sambil menggulung reel pelan-pelan dengan posisi ujung joran diatas udang sehingga tali tegak lurus dengan permukaan air. Udang bisanya bila terkena pancing akan mundur kebelakang dan membengkokan tubuhnya, jika disentak atau ditarik terlalu kuat akan membuat mulutnya sobek terkena kail dan terlepas.

29 comments:

  1. Tapi kalau air nya surut, artinya udang semakin ke tengah sungai. Lebih baik pada saat air sedang pasang,karena pada saat itu mereka mencari makan di tepian sungai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mata kail apa yg bagus boss

      Delete
  2. PAKEJ MEMANCING UDANG GALAH DAN PELANCONGAN MENYUSURI SUNGAI JORAK, MUAR, JOHOR
    Posted on September 1, 2013
    PAKEJ MEMANCING UDANG GALAH:
    Harga : RM 80/mlm
    Muatan : 3 hingga 4 orang (mengikut saiz badan

    Waktu Urusniaga: Sabtu malam Ahad (Jam 9.00 malam -7.00 pagi)
    Umpan dan jaket keselamatan kami sediakan.


    PAKEJ MELANCONG MENYUSURI SUNGAI JORAK
    Harga : RM 8.00 /dewasa, RM5.00 /kanak2
    Masa Perjalanan : 45 hingga 60 minit
    muatan : 4-6org (mengikut saiz badan)
    Waktu Urusniaga : Ahad
    Jaket keselamatan (life jacket) dan mineral water disediakan

    Sebarang pertanyaan hubungi:
    En. Azhari
    017-2266839
    fb.com/sungai.jorak
    sungaijorak.worldheritage.com.my

    ReplyDelete
  3. Pakey usus ayam 30 kg, masokkan dalam karung, tenggelamkan di sungai, jangankan udang Buaya muncul Man...hahahahahaha

    ReplyDelete
  4. Kalau pake usus terus direndam. pasti buaya yg akan makan, lama-klamaan tukang pancingnya yang dimakan buaya. ckckck

    ReplyDelete
  5. guna kepala burung merak betina , udang galah biru menggemarinya

    ReplyDelete
  6. Mancing udang kat tekam....jaga2 ular terjun dalam bot

    ReplyDelete
  7. Mancing udang di Sungai perahu sri jaya bukit serampang muar johor..ya perlu ada kesabar untuk memancing.

    ReplyDelete
  8. Udang bukit.mentok..bila makan ..kekandang..tak sankut. Takut udang kecil.

    ReplyDelete
  9. Saya balik kg terengganu mncing kt sungai,,penarik,buaya ada.. udang xde yg dpt ikan duri.. apa citaaa??

    ReplyDelete
  10. Biasanya udang galah bersaiz besar akan menarik dahulu umpan ke mulut dengan sepitnya yang panjang... jadi jika hujung joran anda ditarik secara perlahan jangan terus angkat kerana mata kail belum masuk ke mulut udang... biarkan dahulu lebih kurang 10 saat dan baru angkat... kekadang udang bersaiz besar mendiamkan diri ketika makan... tau2 bila angkat joran berat je... peringatan ketika menarik joran... pastikan jangan sampai tali kendur kerane kenduran tali akan menyebabkan udang terlepas...

    ReplyDelete
  11. .....tambahan info. Semasa tarik tali jangan berhenti menarik. terus tarik perlahan2.Jangan gopoh2...

    ReplyDelete
  12. Udang galah memang besar,,,tapi kalo digoreng kurang manis ya,,,

    ReplyDelete
  13. U can stop casting, but make sure tali tegang. Tiada kaitan. sahih antara. Saiz dgn cara makan sehinggalah udang hampir kepermukaan baru kau tahu ya lolllll

    ReplyDelete
  14. Untuk. dpt udang, make sure that place got udang lah .....

    ReplyDelete
  15. Untuk. dpt udang, make sure that place got udang lah .....

    ReplyDelete
  16. U can stop casting, but make sure tali tegang. Tiada kaitan. sahih antara. Saiz dgn cara makan sehinggalah udang hampir kepermukaan baru kau tahu ya lolllll

    ReplyDelete
  17. thanks info teknik memancing udang galah

    ReplyDelete
  18. CARA MEMANCING IKAN SIAKAP TERBAIK, teknik memancing IKAN, cara memencing, cara ikat mata kail, teknik umpan, teknik casting dan sebagainya. Blog ada disini Myrodreel

    ReplyDelete
  19. Udang galah kat sabak aur muar, lebih sedap berbanding di tempat lain. Lebih besar lebih manis.

    ReplyDelete
  20. mancing kt psr lg bagussss...asssssyyyikkkk...

    ReplyDelete
  21. Mancing udang galah di sungai citarum, muara bendera hasilnya pun mantabb......

    ReplyDelete

Anda suka artikel dalam blog ini ? Jangan lupa klik mana-mana iklan sebagai tanda sumbangan anda