1001 Rahsia Udang dan pelbagai cerita menarik.

Kota Bharu Jatuh Dari Jambatan

Petang tadi aku ke Kota Bharu untuk cari barang di Tesco. Semasa pulang dari Tesco kira-kira pukul 7.15 malam melalui Jambatan Sultan Yahya Petra aku melihat orang ramai berhenti di seberang jalan dan melihat ke bawah ( ke dalam sungai Kelantan ). Aku tertanya-tanya apa yang terjadi ?

Gambar Jambatan Sultan Yahya Petra dalam pembinaan
( ini gambar lama....masa jambatan besi belum bersambung)
Sekarang ini dah bersambung untuk tujuan pembinaan jambatan


Lalu aku pusing motorsikal ku dan menuju ke kumpulan orang ramai untuk mengetahui apa yang sedang berlaku. Menurut orang ramai, seorang pemuda yang menunggang motosikal telah jatuh ke dalam Sungai Kelantan. Aku tengok air sungai pada petang tadi agak deras jugak arusnya.

Aku tanya bagaimana boleh terjadi. Menurut sumber orang ramai yang melihat kejadian itu, pemuda tersebut melalui jalan besi iaitu jalan pembinaan untuk membuat jambatan dengan motosikalnya. Aku terfikir macam mana dia boleh lalui jalan tersebut sedangkan jalan tersebut untuk pembinaan. Jambatan besi tersebut yang digunakan untuk membuat jambatan biasanya orang ramai gemar memancing udang di situ.

Ketika melalui jalan tersebut, dia telah tergelincir dan terhumban ke dalam sungai. Ini diceritakan oleh orang yang melihat kejadian tersebut.Sehingga pukul 9.00 malam (16/2/2013) ini, pemuda tersebut masih belum dijumpai.

 Maaf gambar tak jelas sebab ambil malam dengan kamera telefon sahaja.
Gambar ini diambil dari atas jambatan. Yang nampak tu adalah jambatan besi yang mana
pemuda tersebut tergelincir.

Kelihatan orang ramai di tempat kejadian.
Gambar kereta adalah kereta bomba dan polis yang sedang melakukan
proses menyelamat.

No comments:

Post a Comment

Anda suka artikel dalam blog ini ? Jangan lupa klik mana-mana iklan sebagai tanda sumbangan anda