1001 Rahsia Udang dan pelbagai cerita menarik.

Vitamin C dengan Udang jadi racun maut

 Betulkah apa yang diperkatakan orang bahawa memakan udang dan vitamin C akan menyebabkan terjadinya racun dalam tubuh malah boleh membawa MAUT !



Ini ada satu artikel yang dijumpai semasa melayari internet....

ISU PERTAMA

Seorang wanita tiba-tiba mati dengan tidak disangka-sangka dengan tanda-tanda pendarahan dari telinga, hidung, mulut & mata. Selepas bedah siasat awal ia disahkan bahawa kematian disebabkan keracunan arsenik.

Dari manakah arsenik yang datang?

Polis melancarkan siasatan secara mendalam dan meluas. Seorang profesor institusi perubatan telah dijemput untuk datang membantu menyelesaikan kes itu.

Dalam kurang dari setengah jam, misteri itu dapat diselesaikan.

Profesor itu berkata: 'simati tidak membunuh diri atau dibunuh, beliau meninggal dunia akibat kemalangan dari kejahilan!'

Semua orang hairan, mengapa kematian akibat kemalangan dari kejahilan?

Profesor itu menjelaskan: 'arsenik dihasilkan dalam perut si mati.' Si mati yang mengamalkan pengambilan Vitamin C setiap hari, yang dengan sendirinya tidak menjadi masalah.

Masalahnya ialah bahawa dia makan sebahagian besar udang semasa makan malam. Makan udang tidak mendatangkan masalah dan tiada apa yang berlaku kepada keluarganya walaupun mereka telah sama-sama makan udang. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama si mati juga mengambil vitamin C ', itulah yang mendatangkan masalah!

Penyelidik di University of Chicago di Amerika Syarikat, mendapati selepas melalui uji kaji, makanan yang seperti kekerang lembut (shell) mengandungi kepekatan yang lebih tinggi lima sebatian arsenik kalium.

Makanan itu segar dengan sendirinya tidak mempunyai kesan toksik terhadap tubuh manusia.

Walau bagaimanapun, dalam mengambil vitamin C, tindak balas kimia berlaku dan asal unsur-unsur bukan toksik berubah kepada unsur-unsur toksik.

Keracunan arsenik mempunyai peranan magma dan boleh menyebabkan kelumpuhan kepada saluran darah yang kecil. Oleh itu, orang yang mati akibat keracunan arsenik akan menunjukkan tanda-tanda pendarahan dari telinga, hidung, mulut & mata. Oleh itu sebagai langkah berjaga-jaga, JANGAN makan udang apabila mengambil vitamin C '.

ISU KEDUA

Laporan berkenaan kombinasi “Udang + Vitamin C = Arsenic Poisoning” itu memang wujud dahulu, cuma ia telah digembar-gemburkan oleh segelintir mereka yang paranoid atau cuba untuk membuat pengguna lain menjadi paranoid seperti mereka, atau mungkin juga salah satu cara pihak tertentu mensabotaj bisnes suplemen Vitamin C yang mana agak popular dan tumbuh bak cendawan sejak varian sintetik vitamin C diperkenalkan pada 1930-an. Antara akhbar yang melaporkan laporan kajian berkenaan adalah “The Evening Independent” bertarikh 30 Ogos 1985. Namun, sekiranya anda teliti betul-betul tajuk akhbar tersebut, anda pasti faham dan bersetuju bahawa memang ada segelintir pihak yang sengaja untuk memanaskan isu ini.

Isu yang cuba diketengahkan di sini bukanlah isu keracunan Arsenik sebenarnya, tetapi lebih kepada isu pengambilan Vitamin C yang berlebihan dalam sehari. Kandungan Arsenik dalam haiwan (seperti Udang) adalah sesuatu yang normal dan ‘relatively harmless‘ (tidak merbahaya) untuk manusia kerana Arsenik yang ada adalah dalam bentuk organik dan kandungannya pula sedikit – badan masih boleh menyingkirkannya secara normal dan selamat.

Arsenik di sini, pada pendapat saya adalah sekadar medium atau contoh bahawa pengambilan Vitamin C yang melampau (overdose) juga adalah sesuatu yang tidak elok. Sebab itu terdapatnya garis panduan “Recommended Dietary Allowance” (Pengambilan dietari yang dibenarkan) atau “RDA” untuk vitamin C; berapa jumlah vitamin c yang seseorang itu perlu ambil dalam sehari itu perlu ada dalam lingkungan yang dibenarkan. Menerusi doktor-doktor yang ada dalam group Susu Sejat, saya juga mendapat tahu bahawa kandungan vitamin C dalam ubat / suplemen yang diberikan kepada pesakit di hospital kerajaan sebenarnya jauh lebih sedikit berbanding kandungan vitamin C “conventional” yang ada dalam mana-mana produk multivitamin / vitamin C yang dijual di farmasi atau pasaraya.

Sekiranya pengambilan vitamin C anda adalah normal, terkawal dan mengikut garis panduan yang dibenarkan, makan lah apa-apa pun, insyaa Allah tidak memudaratkan, sekalipun memakan udang. Kalau di US dulu, ada sejenis hidangan yang mana udang (shrimp) dihidangkan dengan pencicah lemon. Bukankah lemon juga ada vitamin C?

Awal Februari lalu (2013) Reuters melaporkan penemuan baru kajian sekumpulan saintis dari Sweden yang mendakwa lelaki yang mengambil vitamin C secara tidak terkawal dan berterusan mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat batu karang pada ginjal berbanding mereka yang tidak mengambilnya. Seperti yang saya beritahu, kandungan vitamin C dalam supplemen biasanya lebih tinggi berbanding jumlah yang dicadangkan oleh RDA, justeru adalah menjadi tanggungjawab anda agar memastikan pengambilannya mencukupi untuk diri sendiri dan terkawal (sebagai contoh ada yang mencadangkan pengambilan suplemen vitamin C yang sedia ada pada hari ini diambil secara selang sehari dan bukannya diambil setiap hari).







No comments:

Post a Comment

Anda suka artikel dalam blog ini ? Jangan lupa klik mana-mana iklan sebagai tanda sumbangan anda