Menurut petua orang-orang tua dulu, bila sahaja daun getah mula luruh, itulah tanda awal udang galah mula mudik dari hulu ke hilir sungai untuk bertelur. Angin kencang timur laut yang membawa sama angin kering petanda kemarau di pedalaman Pantai Timur dan ini masa terbaik memancing udang galah !
Maka berduyun-duyunlah pemancing tegar udang galah turun memburu sepit biru. Ada yang berbot dan ada yang setia menunggu tebing. Masing-masing tidak sabar untuk naik kan sepit biru !
Tetapi ada manusia yang tidak bertanggungjawab mengaut untung jangka pendek dan memusnahkan seluruh spesis udang galah. Manusia yang disebutkan itu adalah Kaki Tuba ! Pantang tengok udang banyak mesti dituba.
Seharusnya kaki tuba ini ditangkap dan dibicarakan atas kesalahan membunuh seluruh spesis hidupan sungai !
Nampaknya tidak merasalah kemanisan isi udang galah sekiranya aktiviti tidak sihat ini tidak dibendung segera.
Udang-udang galah yang bersaiz XXL atau sepit biru tidak dapatlah dipancing oleh anak cucu kita.
Pendek kata, kesedapan udang galah yang memang menjadi bualan, buruan dan hidangan popular tidak akan dirasai dengan adanya kehadiran penuba yang sentiasa mengintai peluang menuai hasil di hulu sungai sekali gus memusnahkan generasi udang galah di sungai itu.
Marilah sama-sama kita hapuskan aktiviti tidak sihat ini !
salam cikgu..sy dah pergi port yg cikgu tunjukkan tu(kampung laut)..port memang cantik tp hasil kurang memuaskan...kimie kB
ReplyDelete