1001 Rahsia Udang dan pelbagai cerita menarik.

Cara mengenal Udang Galah Jantan atau Betina


Tahukah anda bagaimana henfak membezakan diantara Udang galah jantan atau udang galah betina ?

Di bawah ini kami berikan beberapa tips untuk membezakan di antara udang galah jantan dengan udang galah betina.

Udang Galah Jantan:
1) Kepala lebih besar
2) Abdomen lebih panjang
3) Sepit panjang dan tebal
4) Organ sex jantan berada di kaki jalan (periopods) yang ke 5 pasang
5) Jantan terbahagi kepada 3 peringkat - blue claw, orange claw, small males




Udang Galah Betina:
1) Kepala lebih kecil
2) abdomen lebih pendek tetapi lebar
3) Sepit yang kecil
4) Pleura (cengkerang kat perut) lebih panjang untuk simpan telur
5) Organ sex betina berada di kaki jalan (periopods) yang ke 3 pasang
6) Tiada peringkat bagi udang betina. Namun ada juga yang memanggil VF (Virgin Females - Masih Dara), BF (Berried Female - Bertelur) dan juga OF (Open Brood Chamber- Dah Bertelur)
7) Selalunya mempunyai telur di bawah perut sanada berwarna oren, coklat ataupun hitam.

No comments:

Post a Comment

Anda suka artikel dalam blog ini ? Jangan lupa klik mana-mana iklan sebagai tanda sumbangan anda