1001 Rahsia Udang dan pelbagai cerita menarik.

Cara buat Viagra Semulajadi - Murah dan Senang

Buah tembikai yang merah menyala,bukan hanya merangsang selera tetapi turut merangsang ghairah suami isteri.

Para akademik di Texas Amerika Syarikat, menemui kandungan citrulline.sejenis zat yang melancarkan pengaliran darah didalam tubuh yang memberi efek seakan viagra.

Citrulline berkuasa mengatasi disfungsi ereksi dan merangsang produksi senyawa kimia yang membantu merehatkan pembuluh darah.

Zat ini juga baik untuk kesihatan jantung dan kekebalan tubuh apabila bereaksi dengan enzim tubuh.Selain itu,Citrulline juga mampu merangsang arginine didalam tubuh.

Rangsangan arginine berupaya memicu pengeluaran nitrat oksida yang membuat pembuluh darah menjadi releks seperti efek viagra serta mengatasi dan mencegah disfungsi ereksi.

Kajian baru mencadangkan bahawa tembikai mungkin menghasilkan kesan dalam tubuh sama seperti Viagra, mungkin memberi jalan kepada penawar semula jadi bagi lelaki yang menderita mati pucuk.

Penyelidikan mendedahkan bahawa isi tembikai mengandungi paras tinggi asid amino 'citrullin' berbanding yang difikirkan penyelidik.

Sehingga penemuan itu, kebanyakan unsur citrulline dipercayai didapati pada bahagian kulit luar buah berkenaan yang tidak boleh dimakan.

Tembikai mengandungi citrulline, namun tembikai mempunyai lebih banyak citrulline dalam bahagian isi berbanding yang difikirkan sebelumnya.

Ia penting kerana tubuh menukar 'citrulline' kepada 'arginine', sejenis asid amino lain yang berfungsi sebagai perintis kepada nitrat oksida.

Nitrat oksida, sebaliknya memainkan peranan penting dalam mengembangkan saluran darah dan proses ketegangan zakar. Fungsi utama Viagra ialah mensasarkan nitrat oksida yang menandakan laluan dalam zakar.

Penyelidik  mula mengkaji secara terus kesan tembikai terhadap ketegangan zakar. Namun sesetengahnya agak ragu-ragu.

Hanya kerana nitrat oksida diperlukan bagi menegangkan zakar, tidak bermakna memakan sesuatu yang kaya dengan citrulline akan menghasilkan 'arginine' yang cukup untuk menghasilkan ketegangan zakar.

Kulit Tembikai Hasilkan Efek Viagra-

Biarkan lapisan kulit luarnya yang umumnya berwarna hijau tercampur ke dalam jus.
Kandungan air dalam buah tembikai bermanfaat untuk kesihatan, seperti  membantu mengatasi sukar buang air kecil. Tapi, siapa sangka kulit buah tembikai juga bermanfaat meningkatkan ghairah seksual.

Kulit tembikai sebagai afrodisiak. Jika diambil ia memiliki efek fasodilator yang membuka aliran darah.

Kulit tembikai mengandungi phytonutrient citrulline, yang mampu meningkatkan kadar oksidan nitrit di dalam tubuh . Selain meningkatkan aliran darah, efeknya  membuat tubuh menjadi lebih relaks.

Jadi makan tembikai jangan lupa dengan kulitnya.


Agar lebih praktis dan terasa nikmat disarankan cara penghasilannya dengan blender. Masukkan potongan tembikai yang telah dibersihkan ke dalam blender tanpa dikupas kulitnya. Biarkan lapisan kulit luarnya yang umumnya berwarna hijau tercampur ke dalam jus.

Untuk mendapatkan efek maksima, disarankan mengambil enam gelas jus tembikai, tanpa tambahan air dan gula, per hari. Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

Anda suka artikel dalam blog ini ? Jangan lupa klik mana-mana iklan sebagai tanda sumbangan anda