KIsah ini bukan rekaan, tetapi benar di mana seorang remaja menjadi jutawan hanya dengan menjual jem....
Kisah ini berlaku di luar negara dan kita boleh jadikan sumber inspirasi dimana ada usaha pasti membuah kejayaan.
Pada usia seawal 14 tahun, seorang remaja yang bernama Fraser Doherty telah mula mencipta jem buatan sendiri menggunakan resipi neneknya. Jem itu kemudiannya dijual kepada jiran-jiran beliau di sekitar Edinburgh, Scotland.
Pada umur 16 tahun, dia sudah pun mewujudkan permintaan yang besar dan mula memasarkan jem resipi sendiri dengan meletakkan jenama tersendiri iaitu "SuperJam." Perniagaan meningkat dengan sangat baik sehingga dia berhenti sekolah untuk bekerja sepenuh masa.
Lama-kelamaan, beliau dihimpit oleh rangkaian pasar raya terkemuka di UK pada sekitar tahun 2007. Beliau berjaya memasarkan produk 'Superjam' di hampir 200 kedai. Ia dipanggil 'super' kerana diperbuat daripada 'superfruits' seperti cranberry, beri biru, dan jus buah-buahan tanpa gula, ini bermakna produk ini lebih sihat berbanding jem yang lain.
Beliau kemudian membuat pinjaman bernilai 9,000 pound dari sebuah bank tempatan untuk menampung perbelanjaan, termasuk membesarkan kilang untuk meningkatkan lagi pengeluaran.
Pada tahun 2009, dengan bantuan sambungan rangkaian pasar raya termasuk menjadi stokis utama kepada 'Asda Wal-Mart', jualan bisnes Fraser berjaya mencecah 1.2 juta pound. Beliau juga menerbitkan sebuah buku yang berjudul "The SuperJam Cookbook".
Buku masakan Fraser mendapat sambutan hangat kerana ia padat dengan resipi pelbagai cara menggunakan jem, marmalad, cutni dan jeli. Buku ini juga menawarkan idea-idea yang lebih luar biasa seperti banana spread, chilli jem dan sebagainya. Buku ini juga mengandungi lebih daripada 25 idea untuk bagaimana untuk menjadikan menu2 yang biasa seperti, cupcake, tart dan puding menjadi luarbiasa, lebih menarik dan lebih sedap.
Beliau berkata "saya tidak boleh leka dengan wang, saya membuat jem kerana saya seronok melakukannya dan kejayaan saya adalah cukup manis"
Apa yang boleh dijadikan sumber inspirasi untuk yang ingin berniaga dari cerita ini adalah:
1. Ada produk sendiri - jangan di'sorok' - promosi dan hebahkan.
2. Usaha berlipat kali ganda
3. Besarkan rangkaian bisnes kita.
4. Teruskan promosi dan hebahan.
5. Setiap usaha diiringi dengan Doa.
No comments:
Post a Comment