1001 Rahsia Udang dan pelbagai cerita menarik.

Terkejut makan udang 3 ekor kena RM117 !



Wah ! menarik jugak cerita ni..... berlaku di Pasar Siti Khadijah , Kota Bharu,kelantan.

Kalu naik tingkat atas kat pasar tersebut maka akan terlihatlah Udang Galah kemerahan dimasak pedas dan sebagainya. Sungguh menggiurkan lihat Udang Galah yang besar-besar !

Nak makan ? Ada berani ke ? Jangan sangka Udang Galah duk kat Pasar tu tak setaraf dengan harganya di restoran-restoran terkenal. Kalu nak tahu cubalah makan....ambik 2 ekor cukuplah. Lepas tu tengok berapa kena bayar ?


Ini yang terjadi kat seorang pegawai bank dari Kuala Lumpur yang pergi makan kat Pasar Siti Khadijah. Mungkin pada pandangannya makan kat atas pasar ni tak lah semahal makan kat hotel.

Nah...ambik kau....kena RM 117 ! Mak oiii ! Apa yang dimakannya ?

Menurut sumber dia makan 3 ekor udang dan 2 ekor sotong.Biasalah mesti ada air kan ?
Tapi takkan sampai RM 117 ! Melampau ke harga tu atau memang dah harganya !

Mungkin pegawai tu tak tahu...udang galah boleh mencecah RM45 sekilo !
Kalu yang dah siap masak mestilah lagi mahal....kenapa tak tanya ?


Aku pun pernah juga gi kat pasar tu dan pernah tertanya kat penjual tu...berapa sekor lauk udang galah Sungai Kelantan ni ?
Katanya RM 25 sekor ! ( besarlah jugak saiznya ) aku pun perlahan-lahan keluar dari gerai tersebut.Tertanya-tanya ada ke orang beli ?

Untuk pegawai tu...lain kali bertanya dulu harganya sebelum ambik.
Dan untuk penjual , letaklah harga tu...biar jelas berapa sekor !

8 comments:

  1. mak aih. mahal betol.kalau dah tau hrge, mesti tak makan kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe..sy boleh offer bella udang yg besar mirip udang galah yang dah dibekukan dalam bekas plastik (900g ~ dlm 17 - 21 ekor) cuma RM55 je. Kos penghantaran caj RM10 sekali hantar. Bagi email ke azwardiaziz@gmail.com akan saya poskan gambar.
      Jadi,takler kempunan nak makan udang sampai bila2...:)

      Delete
    2. azwardi.. udang laut ke udang bela...

      Delete
  2. pengajarannya...gi la ngail...huhuhu...

    ReplyDelete
  3. yang benar..ajk sepit biru...huhuhu...

    ReplyDelete
  4. pegawai bank kena kencing

    ReplyDelete
  5. kat KLCC Tingkat 2, Restoran Hamid Nasi Kandar, juga jual Udang Besar dalam 25 hinggit sekor, tapi ari2 abis sebab yang makan kebanyakannya bukan Orang Malaysia. Saya sendiri pernah cuba sekali walaupun dah tahu harganya. Itu pun kawan belanja. Memang harga Udang besar besar mahal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe..sy boleh offer tuan udang yg besar mirip udang galah yang dah dibekukan dalam bekas plastik (900g ~ dlm 17 - 21 ekor) cuma RM55 je. Kos penghantaran caj RM10 sekali hantar. Bagi email ke azwardiaziz@gmail.com akan saya poskan gambar.
      Jadi,takler kempunan nak makan udang sampai bila2...:)

      Delete

Anda suka artikel dalam blog ini ? Jangan lupa klik mana-mana iklan sebagai tanda sumbangan anda