1001 Rahsia Udang dan pelbagai cerita menarik.

PM beri mandat kepada KPN dan Panglima ATM



PM telah memberi mandat kepada Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan tentera Malaysia untuk berbuat apa sahaja yang patut bagi menyelesaikan masalah pencerobohan ini setelah 2 anggota Komando Polis terbunuh mempertahankan kedaulatan negara.

2 Anggota yang terbunuh mempertahankan negara adalah:

1. Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat (terkorban)
2. Koperal 113088 Sabarudin B. Daud (terkorban)

PM juga menyatakan ini suatu perkara yang serius dan perlu ditangani segera setelah cara memujuk cara baik tidak berjaya.Soal keselamatan dan kedaulatan negara bukan perkara yang boleh dipermainkan.

 Sementara itu Jenazah 2 anggota yang terkorban telah diterbangkan ke Lapangan Terbang Subang pada 1 Mac 2013 Jam 11.30 malam tadi. Semoga arwah dicucuri rahmat dan berada bersama orang-orang soleh.
- AL-FATIHAH-

Soal kedaulatan negara seharusnya tidak boleh diambil ringan. Jika tawaran berundur secara baik tidak diendahkan maka kerajaan harus bertegas demi menjamin kedaulatan negara terpelihara.

No comments:

Post a Comment

Anda suka artikel dalam blog ini ? Jangan lupa klik mana-mana iklan sebagai tanda sumbangan anda