1001 Rahsia Udang dan pelbagai cerita menarik.

Terkini Pencerobohan di Kampung Tanduo Lahad Datu


Dua belas anggota penceroboh Filipina dan dua komando Malaysia terbunuh dalam pertempuran tersebut. Tiga anggota polis Malaysia turut tercedera. Komisioner Polis Sabah Datuk Hamza Taib dipetik The Star Online hari ini berkata penceroboh Filipina itu memulakan tembakan terhadap pasukan keselamatan Malaysia. “Pegawai kami bertembung dengan beberapa penceroboh yang menembak mereka, memaksa pasukan polis membalas tembakan,” kata Hamza. Anak kepada pemimpin kumpulan tersebut Agbimuddin Kiram, bagaimanapun awal hari ini berkata pihak berkuasa Malaysia memulakan tembakan. Jumlah anggota penceroboh tersebut yang tercedera masih belum diketahui.



Portal The Philippine Daily Inquirer pula melaporkan jurucakap Kementerian Hubungan Luar Filipina Raul Hernandez hari ini berkata Duta Malaysia Mohammad Zamri Mohammad Kassim telah bertemu dengan pihak Setiausaha Kementerian Hubungan Luar Albert Del Rosario di Manila untuk memaklumkan perkara itu. Hernandez dilaporkan berkata kerajaan Filipina masih lagi perlu mengesahkan kenyataan jurucakap penceroboh berkenaan bahawa 10 anggotanya terbunuh. Dianggarkan 180 pemberontak Filipina, termasuk 30 lelaki bersenjata menceroboh Sabah pada 9 Februari lalu dan enggan beredar, walaupun telah diarahkan oleh kedua-dua kerajaan Malaysia dan Filipina. Reuters turut melaporkan kumpulan bersenjata tersebut menuntut pengiktirafan Malaysia dan rundingan awal pajakan Sabah oleh Sultan kepada syarikat perdagangan British pada kurun ke-19. Malaysia bagaimanapun berkata permintaan mereka tidak akan dapat ditunaikan.

Polis mengesahkan dua anggota komando Polis Diraja Malaysia terkorban manakala 12 penceroboh bersenjata dari selatan Filipina maut dalam insiden tembakan membabitkan kedua-dua pihak di Kampung Tanduo di Lahad Datu hari ini.

Senarai nama anggota komando PDRM atau VAT69 yang terkorban dan cedera sewaktu serangan mortar dalam krisis Lahad Datu :
1. Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat (terkorban)
2. Koperal 113088 Sabarudin B. Daud (terkorban)
3. Koperal 135383 Azman B. Ampong ( cedera di punggung/peha)
4. Koperal 152133 Mohd Tarmizi B. Hashim (cedera di tangan dan kaki )
(ditempatkan di Hospital Lahad Datu)
 5. Konstabel 176533 Mohamad Qaiyum'aiqal B. Zolkifli (cedera di bahu kanan & kedua-dua kaki) (ditempatkan di Hospital Sandakan)


Kejadian pada kira-kira pukul 10 pagi itu turut menyebabkan tiga lagi anggota pasukan keselamatan cedera, kata polis, lapor Bernama. Kesemua 12 penceroboh rakyat asing yang terbunuh itu adalah antara 180 pengikut 'Sultan Sulu' yang dikepung pasukan keselamatan di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo.

Mereka cuba keluar daripada kepungan pasukan keselamatan dan mula melepaskan tembakan apabila terserempak dengan anggota keselamatan yang sedang berkawal, kata Pasuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib. Bercakap dalam satu sidang akhbar di Lahad Datu, beliau berkata insiden tembakan antara pasukan keselamatan dan kumpulan penceroboh itu berlanjutan selama 20 minit.


Menceritakan semula kejadian itu, Hamza berkata kumpulan penceroboh rakyat asing yang terlebih dahulu melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan Malaysia. "Pihak komando polis terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri dan berlaku pertempuran antara kedua pihak," kata Hamza. Hamza berkata turut ditemui pada kumpulan kecil penceroboh itu ialah beberapa laras senjata api antaranya M16, pistol dan rifel SLR, peluru dan beg-beg pakaian.




Beliau berkata polis kini mengepung Kampung Tanduo, yang masih diduduki sebahagian anggota kumpulan itu, dan kawalan keselamatan di kawasan berkenaan semakin diperketatkan. "Polis telah mengawal segala laluan dan sukar untuk pihak penceroboh untuk keluar atau masuk ke kawasan kampung berkenaan," katanya.



Hamza turut menafikan laporan termasuk yang disiar laman sosial dan agensi berita asing bahawa terdapat anggota kumpulan penceroboh itu menyerah diri dan melarikan diri melalui jalan laut. Dalam pada itu, Hamza turut menegaskan bahawa polis tidak mengeluarkan sebarang arahan perintah berkurung di Lahad Datu ekoran insiden itu. "Saya diberi kuasa untuk melaksanakan perintah itu dan tiada sebarang perintah itu dikeluarkan seperti yang dilaporkan," katanya sambil memberitahu bahawa keadaan di Kampung Tanduo kini terkawal dan tenang.



 PM juga dilaporkan berkata kumpulan penceroboh itu sepatutnya menerima tawaran menyerah diri dan keluar daripada kawasan itu secepat mungkin. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula dilaporkan berkata Malaysia telah memberi tempoh sewajarnya untuk mengusir penceroboh itu supaya berundur dan pulang ke tanah air mereka. Beliau juga berkata Malaysia sudah banyak berlembut dengan memberi ruang secukupnya dalam beberapa siri rundingan dan kaedah diplomasi.

 Bersiap sedia menjaga keamanan negara.

 Ekoran kejadian Pencerobohan di Kampung Tanduo, Pasar Rakyat yang selama ini sesak kelihatan agak lengang.

Kawasan Taman Fajar juga kelihatan lengang dengan banyak kedai di tutup.

SUMBER: Carian internet

No comments:

Post a Comment

Anda suka artikel dalam blog ini ? Jangan lupa klik mana-mana iklan sebagai tanda sumbangan anda