1001 Rahsia Udang dan pelbagai cerita menarik.

Kebaikan Minum Air Lemon Yang Perlu Anda Tahu

Terdapat banyak kebaikan yang anda peroleh daripada air lemon kerana banyak khasiat yang terkandung dalam lemon tersendiri dan dapat membantu mereka yang ingin menurunkan berat badan.

Berikut adalah 10 kebaikan dan faedah minum Air Lemon kepada kita:

1. Permulaan hari yang baik. Lupakan kopi! Mulakan hari dengan secawan air lemon panas sebaik sahaja bangun tidur boleh membantu merangsang dan mengaktifkan sistem penghadaman. Minum air lemon pada waktu pagi juga memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita.

2. Melegakan sakit tekak. Ciri-ciri anti-bakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu melegakan sakit tekak. Jus lemon juga boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan. Jika anda mengalami sakit tekak, selesema atau batuk berkahak, perbanyakkan minum air lemon yang dicampur dengan madu sedikit demi sedikit sepanjang hari.

3. Menurunkan berat badan. Jus lemon mengandungi Pectin, yang merupakan serat larut yang membantu dalam membakar lemak dan penurunan berat badan. Minum air lemon juga membantu hati menghasilkan lebih hempedu, yang membantu menghadam lemak degil.

4. Menghalang pembentukan batu karang. Minum air lemon setiap hari meningkatkan paras citrate di dalam urin. Kajian menunjukkan bahawa ianya membantu melindungi badan kita daripada pembentukan batu karang di dalam buah pinggang.

5. Melegakan kegatalan. Lemon bersifat antiseptik dan anti-keradangan, serta mempunyai kesan ‘pembersihan’ yang baik. Jika anda digigit serangga, gosok jus lemon di kawasan kulit berkenaan. Ia boleh membantu melegakan rasa gatal tersebut.

6. Melawaskan sistem penghadaman. Air lemon membantu dalam perkumuhan, mengelakkan sembelit, cirit-birit, serta melegakan simptom berkaitan kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.

7. Anti-kanser. Liminoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon. Kajian mendapati ia mempunyai ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu melindungi sel-sel di dalam badan daripada rosak, seterusnya mengelakkan pembentukan sel barah.

8. Menghilangkan bau busuk. Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Lemon juga bersifat membersih, anti-biotik dan anti-oksidan yang penting untuk kulit, serta membantu mengurangkan bau badan. Orang zaman dahulu menggunakan lemon untuk meggosok ketiak dan menyental daki di seluruh badan, bagi menggantikan penggunaan sabun.

9. Menurunkan panas demam. Apabila rasa hendak demam, cepat-cepat minum air lemon sebanyak mungkin, bagi membantu menurunkan suhu panas demam dengan pantas.

10. Kandungan pH yang seimbang. Walaupun lemon bersifat asid, tetapi kandungan mineral yang tinggi di dalam lemon menyebabkan ia bersifat alkali apabila masuk ke dalam badan, seterusnya membantu membuang asid serta menyeimbangkan kandungan pH di dalam badan kita.

No comments:

Post a Comment

Anda suka artikel dalam blog ini ? Jangan lupa klik mana-mana iklan sebagai tanda sumbangan anda