Gesaan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) baru-baru ini kepada pihak kerajaan bagi menubuhkan Majlis Keselamatan Air Negara perlu disokong dan direalisasikan. Mengapa ini terjadi? Adakah faktor alam, peralatan, manusia atau pihak berwajib patut disalahkan?
Saya ingin mengupas fenomena kepala air dan air pusar atau lebih dikenali sebagai 'hidraulik.' Pengalaman bergelumang dalam aktiviti sukan air banyak memberi ilmu pengetahuan yang sangat berguna kepada saya. Saya juga berpeluang melihat fenomena kepala air dan pusaran air di jeram.
Fenomena kepala air sering berlaku bila aliran air sungai yang kuat akibat hujan lebat di kawasan anak sungai atau hulu sungai dan mengalir ke sungai utama. Fenomena ini berlaku ketika hujan lebat dan cuaca tidak menentu.
contoh fenomena kepala air
Info Penting Yang Perlu Anda Tahu
Kadangkala kawasan hilir sungai tidak berlaku hujan lebat, namun hujan lebat dan luar biasa di kawasan hulu. Keadaan ini juga mengakibatkan berlaku fenomena kepala air. Keadaan ini sangat berbahaya kerana aliran arus dan air yang kuat ini membawa puluhan sampah-sarap seperti daun kering, ranting kayu, kelodak, batu dan sisa batang pokok atau balak yang dibuang di sungai.
Aliran air sungai dan arus yang kuat ini merempuh apa sahaja yang ada di laluannya. Disebabkan aliran yang kuat inilah mangsa tidak dapat berbuat apa-apa ketika aliran air yang kuat ini berlaku.
Berdasarkan kepada pembacaan dan pengalaman saya, air pusar atau 'hidraulik' ini berlaku secara semula jadi disebabkan faktor morfologi sungai di kawasan jeram dan faktor ketinggian air. Tidak semua jeram mempunyai pusaran air yang berbahaya. Berdasarkan pengetahuan, pusaran air ini dapat dikelaskan kepada dua, iaitu jenis 'frowning' dan 'smiling.'
Jenis 'frowning' ini agak berbahaya kerana pusaran air di dalamnya akan menarik apa sahaja objek yang melaluinya ke tengah jeram, manakala jenis 'smiling' ini tidak bahaya kerana objek yang melaluinya dapat keluar dengan mudah dari sudut tepi jeram.
Tanda berlaku fenomena kepala air ini ialah cuaca gelap di hulu sungai (puncak bukit) yang menandakan hujan di kawasan berkenaan. Air yang meningkat naik secara tiba-tiba, air berubah warna kepada kekuning-kuningan secara tiba-tiba dan air sungai berbuih dengan jumlah yang banyak di permukaan. Bagaimanapun, tidak semua tempat atau kawasan seumpama ini mempunyai siren amaran bagi memberi amaran kepada pengguna di kawasan itu.
Pusaran air ini boleh dilihat melalui laluan arus sungai sama ada kuat atau perlahan. Pusaran air ini sering berlaku di kawasan sungai yang mempunyai jeram. Faktor ketinggian air juga memainkan peranan penting kerana jika berlaku kenaikan air akibat hujan pada hari sebelumnya, kawasan pusaran air menjadi lebih kuat disebabkan arus yang menolaknya.
Kaedah menguji pusaran air itu dengan membuang objek seperti ranting kayu ke pusaran, adalah cara yang amat berguna dan sering digunakan oleh penggiat kayak dan rafting arus deras. Jika objek yang dibuang ke dalam pusaran itu tidak ditolak keluar, menandakan pusaran air berkenaan berbahaya kerana pusaran air menarik objek yang melalui kawasan itu.
Akhir sekali, masyarakat perlu didedahkan dengan maklumat berkaitan kedua-dua fenomena ini. Tahap kesedaran masyarakat masih rendah dalam perkara seumpama ini ketika menjalankan aktiviti riadah bersama keluarga di kawasan sungai atau aktiviti air yang berisiko. Kajian serius perlu dilaksanakan bagi menangani permasalahan ini oleh pihak berwajib. Tahniah kepada kerajaan kerana berusaha menubuhkan Majlis Keselamatan Air Negara.
Video bagaimana fenomena kepala air berlaku
Langkah Pencegahan Jangka Pendek
Namun, langkah pencegahan jangka pendek seperti meletakkan papan tanda amaran, maklumat berkaitan risiko kemalangan, siren amaran dan pengawal bertauliah, perlu disediakan dalam menangani permasalahan ini. Pihak berwajib perlu menyediakan satu mekanisme pengurusan risiko yang jelas dan garis panduan bersesuaian serta mesra pengguna seperti rekod kemasukan berkaitan penggunaan kawasan aktiviti itu.
Ini amat penting jika berlaku kemalangan. Data dan statistik berkaitan kemasukan pelawat di kawasan itu dapat dipantau dan keselamatan lebih terjamin. Justeru, pembabitan semua pihak dalam menangani isu ini dapat mengelak kejadian seumpama ini pada masa depan.
Sumber: Berita Harian
menambah wawasan sekali kak infonya
ReplyDeleteud truk
Titanium Helix Earrings: Buy and Shop the Online
ReplyDeleteT.I.T. offers an elegant titanium grades ring titanium earrings hoops design inspired by the original design. You can wear this stylish ring to your titanium alloy nier favorite titanium plate songs and create your titanium 3d printing
ir266 be lenka españa,nine west paris,belenkastores,calvin klein calecon promo,reebok sneakers heren,be lenka shoes,ninewestuae,belenkaberlin,reebok ayakkabı ht431
ReplyDelete