Hari ini saya akan kongsikan sebuah cerita lagenda yang berkaitan dengan ikan patin ini dalam kalangan orang melayu Sarawak. Luangkan masa anda untuk membaca dan anda akan fahami mengapa kebanyakkan orang melayu Sarawak tidak memakannya. Selamat membaca..
Ikan
patin adalah salah satu jenis ikan sungai atau ikan air tawar. Ikan jenis ini
memiliki bentuk yang unik. Badannya panjang sedikit memipih, berwana putih
perak dengan punggung berwarna kebiru-biruan, tidak bersisik, mulutnya kecil,
memiliki sesungut berjumlah 2-4 pasang yang berfungsi sebagai alat peraba. Ikan
patin termasuk ikan yang hidup di dasar sungai dan lebih banyak mencari makan
pada waktu malam. Diceritakan keenakan memakan ikan patin jika kena dengan menu
masakan kelazatannya sehingga menjilat jari tetap walau seenak mana atau
senikmat mana ikan patin mengapa ramai Melayu Sarawak tidak memakannya. Sudah
tentu ada cerita legenda disebalik mengapa dan kenapa masyarakat Melayu Sarawak
mahupun Melayu di nusantara tidak menjadikannya hidangan pembuka selera. Inilah
paparan Borneo Oracle buat kali ini iaitu Legenda Ikan Patin Dan Mengapa Ramai
Masyarakat Melayu Sarawak tidak memakannya.
Umum
mengetahui bahawa kebanyakan masyarakat Melayu Sarawak leluhurnya adalah
daripada negara-negara Nusantara seperti Indonesia dan yang lebih spesifik
adalah leluhur yang berasal daripada Riau, Sumatera Barat. Sebenarnya ada
sebuah cerita legenda di kalangan masyarakat Riau di Sumatera sejak
beratus-ratus tahun dahulu. Cerita legenda tersebut mengisahkan seorang nelayan
yang bernama Awang Gading, yang menemukan seorang bayi perempuan di atas batu
di tepi sungai saat ia pulang memancing. Konon, bayi itu adalah keturunan raja
ikan di sungai tersebut. Oleh kerana merasa kasihan dan simpati, si nelayan
membawa bayi itu pulang ke rumahnya untuk dijaga dan dibesarkan seperti
anak-anak yang lain. Bayi itu diberinya nama Dayang Kumunah. Selama dalam
asuhannya, si nelayan telah mengajar Dayang Kumunah dengan pelbagai ilmu
pengetahuan dan budi pekerti yang baik, sehingga ia pun membesar menjadi
seorang gadis yang cantik, bijak dan berbudi pekerti luhur. Setiap pemuda yang
melihatnya pasti akan terpikat kepadanya.
Pada
suatu hari, seorang pemuda tampan dan kaya yang bernama Awang Usop telah
melewati rumah orangtua Dayang Kumunah. Pemuda itu melihatnya sedang menjemur
pakaian. Saat itu pula, Awangku Usop langsung jatuh hati kepada Dayang Kumunah
dan berniat untuk menyuntingnya sebagai permaisuri hidupnya. Beberapa hari
kemudian, Awangku Usop datang ke rumah Dayang Kumunah untuk meminangnya. Dayang
Kumunah bersedia menerima pinangan Awang Usop, asalkan ia juga bersedia
memenuhi syaratnya. Syarat Dayang Kumunah yang harus dipenuhi oleh Awang Usop
adalah untuk tidak meminta Dayang Kumunah ketawa walau sekalipun. Satu syarat
yang pelik bagi Awang Usop tetapi demi kecintaannya kepada Dayang Kumunah
syarat yang pelik ini telah dipersetujui dengan rela hati.
Setelah
kata sepakat telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak akhirnya seminggu
kemudian, mereka pun telah disatukan di dalam satu pesta perkahwinan yang
berlangsung dengan gilang gemilang. Semua kaum kerabat dan tetangga kedua
mempelai telah diundang bagi memeriahkan suasana perkahwinan tersebut. Para
undangan turut gembira menyaksikan kedua pasangan yang bagai pinang dibelah dua
sama cantik sama padan disatukan. Dayang Kumunah gadis yang sangat cantik dan
Awang Usop seorang pemuda yang sangat tampan. Mereka pun hidup berbahagia,
saling mencintai dan saling menyayangi.
Namun,
kebahagiaan mereka tidak berlangsung lama. Beberapa minggu setelah mereka
menikah, Awang Gading ayahanda Dayang Kumunah meninggal dunia kerana sakit. Ini
membuatkan Dayang Kumunah sering sedih-sedih kerana kehilangan ayah yang telah
mendidik dan membesarkannya sejak dari kecil lagi biarpun bukan ayah kandungnya
yang sebenar. Hingga berbulan-bulan lamanya, hati Dayang Kumunah diselimuti
perasaan sedih. Untungnya, kesedihan itu segera terubat dengan kelahiran
anak-anaknya yang berjumlah lima orang. Kehadiran mereka telah menghapus
ingatan Dayang Kumunah kepada “ayahnya”. Ia pun kembali bahagia hidup bersama
suami dan kelima-kelima anaknya.
Namun,
Awang Usop merasa kebahagiaan mereka kurang lengkap kerana semenjak mereka
berkahwin tidak pernah dia melihat Dayang Kumunah ketawa. Pada suatu petang,
Dayang Kumunah berkumpul bersama keluarganya di serambi rumah mereka. Saat itu,
si Bungsu mulai dapat berjalan dengan tertatih-tatih. Semua anggota keluarga
tertawa bahagia melihatnya, kecuali Dayang Kumunah. Kerana keinginan yang amat
sangat Awang Usop meminta isterinya untuk ikut tertawa namun Dayang Kumunah
menolaknya tetapi suaminya terus mendesak. Akhirnya ia pun menuruti keinginan
suaminya. Disaat dia tertawa itulah, tiba-tiba tampak insang ikan di mulutnya.
Menyedari hal itu, Dayang Kumunah segera berlari ke arah sungai. Awangku Usop
berserta anak-anaknya hairan dan mengikutinya dari belakang. Sesampainya di
tepi sungai, perlahan-lahan tubuh Dayang Kumunah menjelma menjadi ikan dan
segera melompat ke dalam air. Pada masa itu Awang Usop pun baru menyedari
kekhilafannya kerana dia sudah memungkiri syarat sewaktu mereka hendak
melangsungkan perkahwinan dahulu. Dikala itu tiada apa yang dapat dilakukan
kerana segalanya sudah pasrah.
Sebelum
menyelam ke dalam air, Dayang Kumunah berpesan kepada suaminya Awang Usup untuk
menjaga anak-anak mereka menjadi manusia yang berguna dan tiada sesiapa di
kalangan keturunan mereka yang dibenarkan untuk memakan ikan patin kerana barangsiapa
yang memakannya adalah seumpama memakan keturunan sendiri dan boleh menjadi
gila ataupun mendapat penyakit yang boleh membawa kepada kematian. Awangku Usop
dan anak-anaknya sangat bersedih melihat Dayang Kumunah yang sangat mereka
cintai itu telah menjadi ikan. Mereka pun berjanji dan bersumpah akan mematuhi
segala larangan yang dikenakan. Sumpahan ini diteruskan ke atas semua keturunan
mereka selepas itu.
Inilah
cerita legenda ikan patin dan mengapa ramai masyarakat Melayu Sarawak tidak
memakan ikan patin. Tidak diketahui samada kebenaran sumpahan ini ke atas semua
keturunan Melayu Sarawak namun yang pasti ada sesetengah masyarakat Melayu
Sarawak sememangnya tidak memakan ikan patin. Sesungguhnya setiap hal yang
berlaku di dunia ini ada ceritanya dan cerita legenda adalah satu cerita yang
digembar gemburkan untuk mencantikkan jalan ceritanya. Sejauhmana kebenarannya
hanya Yang Maha Kuasa yang lebih mengetahuinya.
Sumber : PenPatah
makasih kak udah share info ini
ReplyDeleteexcavator komatsu terbaru