1001 Rahsia Udang dan pelbagai cerita menarik.

Gempar ! seorang ibu lahirkan kembar buaya

 Penduduk di Sulawesi selatan dikejutkan dengan kelahiran kembar seorang bayi lelaki  dengan seekor buaya.



Ibunya, Huda (40), mengaku ketika hamil dia mengalami beberapa kejadian  aneh. Setelah mendengar kejadian aneh itu, warga Sinjai dari berbagai desa datang ke rumah Huda dan suaminya. Warga yang datang dan melihat anak buaya yang sedang berenang di dalam bekas . "Ini yang pertama kali terjadi, belum pernah kami melihat fenomena ini. Biasanya kami hanya melihat di layar kaca dan mendengar saja, tetapi belum pernah melihat secara langsung seperti saat ini," ujar seorang warga, Risti, . 

Sementara Huda, mengaku kehamilannya ini memang berbeza dengan kehamilan sebelumnya. Saat usia kandungannya mencecah bulan pertama hingga bulan ketiga, dia tidak pernah makan nasi kerana tidak merasa lapar. Saat melahirkan di rumahnya di Dusun Bontosunggu, Desa Terasa, Kecamatan Sinjai Barat, dia dibantu suaminya, Marping. Bukan bayi yang keluar, namun telur putih sebesar bola tenis. Tiba-tiba telur itu pecah dan keluar seekor buaya dengan kulit bergaris berwarna hitam dan keemasan. Sesudah melahirkan, perut Huda tetap besar. Keesokan harinya, Huda kembali melahirkan, namun kali ini yang keluar seorang bayi laki-laki.

 Dari situlah, Huda dan suaminya meyakini jika anak buaya yang diberi nama Nur Baya itu merupakan kembaran dari anak laki-lakinya yang lahir dan diberi nama Muhammad Nur. Buaya itu baru muncul, setelah saudara kembarnya lahir dan mendatangi ibunya di malam hari untuk diberi susu seperti manusia, kata Huda. "Kembarannya baru muncul setelah mengetahui jika saudara kembarnya sudah lahir. Dan dia datang pertama kali pada malam hari dan terus menyusui seperti manusia," kata Huda .

Macam-macam perkara pelik yang berlaku atas muka bumi ini. Semuanya kehendak Yang Maha Esa.

Cara melariskan udang



Udang adalah makanan kegemaran semua orang. Bangkitnya selera makan udang ini bukan hanya bergantung kepada masakannya sahaja tetapi yang paling penting adalah cara menghidangnya.

Gambar di atas menunjukkan udang yang digoreng dengan cara biasa. Nampak biasa-biasa aje, dahlah udang ini digoreng biasa. Cara hidangnya juga takde. Memang sempoi dan tidak menyelerakan.

Cuba lihat yang ini pulak.....

Ini lagi teruk....dengan kepala dan badan bercerai. Nampak tidak menggiurkan. Anak-anak tengok pun tak menyelerakan.

Jadi tidak salah kalau kita membuat sedikit hiasan pada udang yang kita goreng supaya menimbulkan mood kepada ahli keluarga kita untuk menjamah udang yang kita masak.

Sekurang-kurangnya ada sedikit hiasan dan disusun dengan gaya yang menarik. Anak tentu suka.....


Kalau rajin boleh buat susun atur seperti di atas. Ambil masa sikit tapi amat berbaloi bila orang yang tersayang tersenyum melihat hidangan kita.

Kalau anda terlebih rajin boleh buat bentuk seperti ini. Jangan pulak nak makan dua orang tapi susun udang bagai nak jamu sekampung. Kalau ada parti ke kenduri boleh cuba bentuk ini....pasti menarik !

Sangat eksklusif bila dihidangkan sebegini...membuka selera dan suasana keluarga.






Udang kara ini kelihatan sungguh seksi. Siapa yang tak terpikat dengan benda-benda seksi ? pasti orang itu dah hilang nikmat dunia !

Udang Kara ini kelihatan begitu 'gah' dengan hidangan ini.....nak makan pun terasa 'segan'. Tapi pasti sungguh sedap !

Kalau kita makan dengan keluarga di restoran masakan panas tentu menu udang celup tepung tak tertinggal
Adakah tauke kedai menghidangkan udang celup tepung sebegini rupa?

Salah satu hidangan dengan membalut udang dengan kulit wantan.....menarik.











Siapa paling bertuah jumpa udang ini

Pernahkah anda melihat udang berwarna biru keseluruhannya ? Jika anda pernah berjumpa dengan udang kara biru bermakna anda adalah orang yang paling bertuah.



Ini disebabkan spesis udang kara jenis ini amat jarang ditemui. Dikatakan dalam 2 juta ekor udang kara hanya terdapat seekor yang berwarna biru.



Saintis percaya warna biru ini terhasil dari pengeluaran protin melalui makanan yang dimakannya.

Kelebihannya ia menjadi daya tarikan utama kerana warnanya yang biru dan menjadi spesis unik kerana jarang dijumpai.



Kelemahannya ia mudah menjadi habuan pemangsanya kerana warna birunya yang begitu menonjol dan menjadi perhatian pemangsa.


Satu dalam 30 juta !

Pernah kah anda melihat udang sebegini rupa ? Sekiranya anda pernah jumpa bermakna anda adalah orang yang paling bertuah. Ini kerana udang ini dipercayai 1 diantara 30 juta bilangan udang yang ada di atas muka bumi !

Udang ini dinamakan sebagai  CALICO LOBSTER. Dan untuk melihat udang ini anda perlu ke sebuah akuarium di Boston .

Bentuk fizikalnya menyerupai seekor udang kara. Berwarna gelap dengan tompok kuning dan oren yang cerah. Kelihatan menarik dan amat-amat jarang ditemui !

Ia ditemui di Winter Harbor dan kini dipamer di New England Aquarium.

2013 Gaji kakitangan Awam NAIK LAGI !

 Gembiranya mendengar berita tentang kakitangan awam akan naik gaji lagi tahun 2013 ni.....kalau betul selepas atau sebelum PRU 13 ni ? Berita ni aku baca di Beritasemasa.com. PM belum umum lagi tapi dengar berita ni aku dah gembira.

Nampaknya kakitangan awam bakal menerima berita baik tidak lama lagi. Mungkin? Bukankah dah naik sebelum ini? Nak selaraskan lagi? Inilah yang dinamakan rezeki & berita baik 1.4 juta kakitangan awam di Malaysia. Saat-saat begini, “khidmat & komitmen” kalangan kakitangan awam amat diperlukan bagi memastikan pengurusan negara menjadi lebih baik & dalam pada masa yang sama kebajikan penjawat awam terus dibela….

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak berbesar hati di mana akan bertindak meluluskan kenaikan gaji kakitangan awam 2013 sekitar RM400 dan elaun perumahan dinaikkan kepada (antara RM350-RM450). Dan dijangka kenaikan gaji kakitangan awam + elaun perumahan (ETP) akan diluluskan pada seawal hari Khamis ini atau selewat-lewatnya awal minggu hadapan.


Kerajaan akan mengkaji semula skim gaji kakitangan awam termasuk kenaikan tahunan (KGT) sehingga lima peratus bermula tahun depan. Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata kajian itu bagi membantu penjawat awam menangani masalah kos hidup yang semakin meningkat di Malaysia. ”Kita akan mengambil kira mungkin mengikut kategori, kalau lima peratus itu untuk kategori yang teratas terlalu tinggi dan kita akan menyelaraskan semula,” katanya.

 Beliau berkata kajian berkenaan juga akan meneliti segala aspek bagi memastikan setiap penjawat awam akan mendapat manfaat daripada pelaksanaan skim gaji berkenaan termasuk isu penjawat awam yang menerima tangga gaji maksimum. Ali berkata pihaknya turut mengambil kira kajian yang dibuat Suruhanjaya Khas Tranformasi Perkhidmatan Awam yang akan membentangkan laporan penuh kepada kerajaan pada akhir tahun ini. “Buat masa ini suruhanjaya berkenaan sedang membuat kajian menyeluruh berhubung sektor awam di negara ini, kita akan ambil isu kenaikan gaji ini jika ia ada termaktub dalam kajian itu, namun jika tidak ada isu (kenaikan gaji) dalam laporan itu, kita akan mulakan kajian mengenainya pada tahun depan,” katanya.

Minta-minta apa yang dilaporkan dalam laman Beritasemasa.com ini menjadi kenyataan.

Sementara itu dalam blog cuepacs pulak, menyatakan , pihak CUEPACS telah memohon kenaikan elaun untuk kakitangan awam, antara petikan berita tersebut:


CUEPACS dijangka mengemukakan beberapa cadangan berhubung kenaikan elaun penjawat awam dalam pertemuan kesatuan sekerja itu bersama Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr Ali Hamsa di Putrajaya, hari ini. Antaranya mengenai Imbuhan Tetap Perumahan (ITP), Elaun Sara Hidup (COLA), tuntutan penginapan, status jawatan kontrak, gaji maksimum dan peranan ketua jabatan.



Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata sebagai contoh CUEPACS mencadangkan supaya COLA diselaraskan kepada RM300, manakala ITP pula ditingkatkan daripada RM180 kepada RM450 berdasarkan kos hidup yang semakin meningkat dari semasa ke semasa. Omar berkata, mengenai tuntutan penginapan pula, pihaknya berharap ia akan ditingkatkan kepada RM200 berbanding RM120 ketika ini, kerana kebanyakan hotel sudah menaikkan harga. “Jumaat lalu, beliau (Ali) mengumumkan lebih 80 jenis elaun penjawat awam akan dikaji semula dan memandangkan kepemimpinan tertinggi CUEPACS mengadakan pertemuan bersamanya esok (hari ini), maka kita akan turut mengemukakan beberapa cadangan untuk dipertimbangkan kerajaan. “Kesediaan kerajaan untuk mengkaji semula perkara (elaun) itu, menunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak pernah melupakan soal kebajikan penjawat awam,” katanya kepada BH, semalam.


Tujuan lebih 80 jenis elaun penjawat awam termasuk elaun sara hidup dikaji semula bagi melihat kesamarataan, kesaksamaan dan kemunasabahannya sebelum diumumkan Perdana Menteri. Omar berkata, selain itu CUEPACS juga akan membincangkan secara terperinci mengenai penjawat awam yang sudah mencapai tangga gaji maksimum serta kadar kenaikan (gaji) yang bakal diperoleh mereka. “Sebelum ini dimaklumkan bahawa mereka mungkin menerima kenaikan antara dua hingga lima peratus, bagaimanapun ia hanya membabitkan kakitangan awam yang mempunyai prestasi cemerlang serta mencatat markah 80 dan ke atas dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT). “CUEPACS berharap kenaikan itu membabitkan semua kakitangan daripada kumpulan terbabit yang turut menyumbang kepada perkhidmatan awam. Kita juga akan berbincang mengenai peranan segelintir ketua jabatan yang kadang-kala menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pekerja,” katanya.

Sanggupkah anda minum air kencing sendiri sebagai ubat ?

Sanggupkah anda minum air kencing sendiri ? Bunyinya amat menjijikkan tapi itulah yang dilaporkan dalam Kosmo Online tentang seorang penghidap kanser yang sanggup minum air kencingnya sendiri. Yang lebih mengejutkan bukan segelas tapi lima gelas sehari !!


CARRIE STEELE, 53, merupakan seorang penghidap kanser yang sanggup berbuat apa sahaja. Menurut rakannya, dia pernah melakukan beberapa perkara pelik sejak dahulu lagi tetapi kali ini gelagatnya sedikit pelik bagi manusia normal kerana bertentangan dengan norma alam. Wanita pertengahan umur dari Colorado Springs, Amerika Syarikat ini bertindak meminum air kencingnya sendiri sejak empat tahun lalu. Carrie akan meminum sebanyak lima gelas air kencing sendiri setiap hari dan dia menyifatkan perbuatannya itu sebagai menenangkan.


 Menurutnya, dia tidak mengalami sebarang alahan apabila pertama kali bertindak meminum air kencingnya. Carrie cuba mencabar diri kerana berasakan dia boleh melakukan perkara itu. Ibu kepada empat orang anak ini disahkan menghidap kanser melanoma malignan peringkat ketiga lapan tahun lalu. Sejak itu dia berbuat apa sahaja termasuk meminum air kencingnya sendiri dengan harapan ia dapat membantunya melawan hukuman maut itu. "Pelbagai jenis perasa yang saya dapati apabila meminum air kencing. Semuanya bergantung kepada makanan yang saya ambil. Ia tidak berbau dan rasanya berbeza berbanding empat tahun lalu. "Kadangkala saya rasa masin dan adakalanya ia rasa seperti air lemon tetapi itu semua bergantung kepada apa yang saya makan.


 Saya juga dapat merasai pelbagai rasa makanan yang keluar dari badan saya melalui rasa air kencing saya itu. "Saya gemarkan asparagus tetapi saya tidak akan memakannya lagi kerana ia membuatkan air kencing saya rasa sangat pelik," ujarnya. Tambahnya, dia bukan sahaja meminum air kencingnya tetapi dia juga menggunakan air kencingnya itu untuk berkumur dan memberus giginya selain menjadikan air kencingnya itu sebagai minyak yang disapukan di seluruh badannya. "Saya mendedahkan tabiat pelik saya ini bersama rakan, Denise dan dia kelihatan tenang apabila saya memberitahu rahsia itu. Saya minum hampir semua air kencing yang keluar dari badan saya. "Apabila saya menjemputnya untuk melihat sendiri kebenarannya, Denise mengelak dan dia percaya dengan apa sahaja yang ceritakan tentang tabiat pelik itu tetapi dia tidak berhasrat untuk melihat sendiri saya meminum air kencing saya," jelasnya. Salah seorang anak perempuannya pula memberitahu, air kencing merupakan bahan buangan daripada badan dan ia bahan yang tidak lagi diingini. Tubuh menyingkirkan segala kotoran tidak sihat kepada badan selain ia pernah digunakan untuk tujuan perubatan oleh manusia pada Tamadun China dan India.



Bagaimanapun, dalam laporan The Independent pada tahun 2006, pakar-pakar perubatan menafikan dakwaan air kencing boleh membantu dalam proses penyembuhan dan tiada bukti yang menyokong dakwaan itu. Sementara itu, seorang pakar pemakanan di Universiti Southampton, Britain, Dr. Michael Stroud memberitahu, dakwaan sesetengah orang yang menyatakan air kencing dapat menyembuhkan penyakit adalah sebagai mengarut dan tidak boleh dipercayai. Wakil Persatuan Dietetik Britain, Helen Andrews pula berkata, tiada faedah kesihatan yang diperoleh dengan meminum air kencing sendiri sebaliknya ia boleh mendatangkan mudarat. "Setiap kali anda meletakkan ia kembali, ia akan keluar lagi dan itu adalah tidak baik untuk kesihatan kerana ia boleh merosakkan usus," beritahu beliau.

Inilah wajah amah yang lambung bayi

Inilah muka amah yang tiada sifat kemanusiaan yang sanggup melambung anak majikannya bagaikan menebar roti canai dibuatnya pada budak berusia 4 bulan.

Cukup kah dengan hukuman penjara 20 tahun ? Harap-harap sepanjang 20 tahun dia menginsafi perbuatan yang telah dilakukannya dan belajar menjadi manusia !

Berita lengkap yang dikutip dari mymetro:

Mahkamah Sesyen di sini, semalam, menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun terhadap pembantu rumah warga Indonesia selepas dia mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan mendera anak lelaki majikannya yang berusia empat bulan Jumaat lalu. Yuliana, 23, dari Aceh, Indonesia mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan, bergenang air mata selepas Hakim Mohd Azhar Othman menjatuhkan hukuman.


Dia yang memakai baju lokap ungu didakwa menghempas dan melambung Mohamed Hareez Mohamed Zamri sembilan kali yang boleh mendatangkan kematian kepada mangsa pada jam 7.45 pagi, 15 Februari lalu di rumah ibu bapa mangsa di nombor 7, Lorong Bukit Setongkol 38, Jalan Bukit Setongkol di sini. Dia didakwa mengikut Seksyen 307(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Bagi pertuduhan kedua, Yuliana dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana menganiaya Mohamed Hareez menyebabkan kecederaan fizikal kepada mangsa pada tarikh, lokasi dan masa sama yang boleh dipenjara maksimum 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau atau kedua-duanya.

AWAS ! Kabel Lif boleh putus.

 Isteriku pernah berkata kepada aku ketika kami pernah naik lif di pusat membeli-belah, " Lif ni selamat ke ? tak jatuh ke?". Dengan nada yakin aku katakan takkan putus punyer kabel lif ni.....

Rupanya sangkaan aku meleset bila baca paper hari ini...seorang maut bila tali kabel lif putus. Dan terbukti tali kabel lif boleh putus. Lain kali aku akan pilih lif jugak bila naik.

Antara petikan berita yang ku baca di mymetro,

“Tragedi ini dapat dielakkan jika lif itu diselenggara secara berkala dengan baik. Saya kesal kerana isteri saya menjadi mangsa akibat sikap sambil lewa ini,” kata Rafie Johar, 37, yang kematian isteri akibat lif dinaiki di Pangsapuri Blok A25, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), di sini, terhempas dipercayai kerana kabelnya putus.

Dalam kejadian jam 5 petang Jumaat lalu, mangsa, Zamelia Isharuddin, 38, menaiki lif itu dari tingkat lima bangunan didiami untuk turun ke tingkat bawah bagi mengambil wang hasil perniagaan nasi lemak yang dijalankan secara sambilan. Rafie berkata, lif di pangsapuri itu sudah lama bermasalah dan hanya satu daripada dua mesin pengangkat itu boleh digunakan. “Kemungkinan kabel lif yang boleh digunakan itu sudah ‘haus’ kerana tidak diselia atau diperiksa pengurusan kediaman ini,” katanya.



 Menurutnya, dia hanya mengetahui nahas ngeri membabitkan isterinya itu selepas dimaklumkan beberapa jiran yang tinggal berhampiran pangsapuri 10 tingkat itu. Menurutnya, beberapa jiran yang terkejut selepas mendengar dentuman kuat itu segera menghubungi bomba dan penyelamat sebelum isterinya berjaya dikeluarkan dari dalam lif berkenaan. “Ketika itu, isteri tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Hospital Seri Manjung bagi mendapatkan rawatan kecemasan. 

Keadaan Zamelia amat kritikal berikutan tengkuk dan kepalanya turut dihentak kabel besi lif yang putus itu. “Doktor bertungkus-lumus menyelamatkannya sebelum isteri menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.15 tengah hari Sabtu lalu,” katanya. Rafie berkata, dia tidak dapat menahan rasa sedih berikutan kehilangan isteri dalam tragedi yang amat mengerikan itu. Difahamkan, jenazah mangsa dibawa pulang untuk dikebumikan di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar.

Masuk hari ke-3 pemuda jatuh Sungai Kelantan

 “Saya reda tetapi berharap anak ditemui,” kata Fatimah Hussin, 45, yang setia menanti anak sulungnya, Mohd Arif Mohd Nordin, 20, ditemui selepas dikhuatiri lemas akibat terjatuh ke dalam Sungai Kelantan, kelmarin.
Fatimah berkata, dia yang dalam perjalanan ke Kuala Besut, Terengganu, sebelum kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, terpaksa berpatah balik ke Kota Bharu apabila dikejutkan dengan berita itu yang dimaklumkan anak kedua, Mohd Afiq, 16.

 Katanya, dia sempat melihat anaknya itu berehat di rumah di Taman Uda Murni dan Mohd Arif tidak memberitahu mahu keluar dengan rakannya. “Setiba di tempat kejadian, saya melihat anggota bomba dan penyelamat sedang mencarinya,” katanya. Mohd Arif yang juga bekas pelajar Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Kota Bharu dikatakan terjatuh ke dalam sungai itu ketika melalui pelantar besi pembinaan Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra dengan menaiki motosikal. Dia melalui kawasan itu bersama dua lagi rakan yang berjalan kaki melintasi pelantar besi itu menuju ke arah Pasir Pekan, Tumpat. Mohd Arif mengikuti pengajian dalam jurusan pelancongan di kolej terbabit dan dijangka melanjutkan pengajian ke sebuah kolej di Kuala Lumpur awal Mac depan. Rakan mangsa, Nelly Nurshafira Md Ghazali, 20, berkata sebelum kejadian sebuah kereta melalui pelantar itu menyebabkan Mohd Arif cuba mengelak tetapi tiba-tiba kaki Mohd Arif terperosok ke dalam ruang antara besi pelantar itu dan terjatuh ke dalam sungai dalam keadaan masih memakai topi keledar.

 “Saya yang berpaling ke belakang tergamam melihat dia terjatuh dan tidak tahu apa perlu dilakukan. “Dia terkapai-kapai selama kira-kira 10 minit. Saya menghubungi polis dan ambulans,” katanya. Sementara itu, Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Zainal Fitri Hussin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.40 petang kelmarin. Katanya, seramai 35 anggota bomba, bomba sukarela, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) melakukan gerakan mencari mangsa. “Hari ini (semalam) kita meneruskan operasi mencari di sepanjang sungai sehingga ke Kuala Besar, Pantai Cahaya Bulan,” katanya.

Sumber berita : mymetro

Sehingga jam 4.30 petang hari ini 18/2/2013, mangsa belum ditemui.

Terbaru Video amah lambung bayi



 Terkejut semalam aku tengok Berita di Tv3 tentang seorang amah Indonesia yang melambung seorang bayi berusia 4 bulan. Timbul perasaan geram terhadap amah tersebut.....geramnya !!!



Ini antara petikan berita....

Seorang pembantu warga Indonesia ditahan reman sehingga esok bagi membantu siasatan berhubung kes seorang bayi berusia empat bulan yang cedera akibat dilambung. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supt Aziz Ahmad berkata pembantu rumah berusia 24 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2010.

 "Suspek ditahan sejak 15 Feb lepas. Pihak polis masih menunggu laporan lengkap daripada pihak Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan berhubung keadaan bayi lelaki berkenaan," katanya kepada Bernama hari ini. Pada 15 Feb lepas, bapa bayi itu yang berusia 42 tahun membuat laporan polis berhubung kejadian pembantu rumahnya yang bertindak melambung bayinya di ruang tamu sehingga terjatuh dan mengalami lebam-lebam di tangan dan cedera di kaki kiri.

 Lelaki berkenaan melihat kejadian itu menerusi rakaman kamera litar tertutup melalui komputer riba semasa minum pagi di sebuah restoran pada 7.45 pagi. Lelaki berkenaan bergegas pulang ke rumahnya di Bukit Setongkol dan membawa bayinya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Bayi itu kini dirawat di hospital berkenaan dan dilapor dalam keadaan stabil.

Inilah bahagian otak jahat

Dr Gerhard Roth,pakar saraf dari Jerman  menemukan bagian otak yang membuat manusia menjadi jahat. Bagian itu nampak sebagai masa hitam dalam sinar X, terletak di bagian depan bawah otak. Masa hitam didapatkan pada hampir setiap pelaku jenayah. Roth menemukannya ketika mempelajari para pelaku kejahatan di Jerman yang dihukum bertahun-tahun.


Kajian ini bagian dari upaya Pemerintah Jerman memahami kejahatan. Dalam kajiannya, Roth meminta para pelaku kejahatan itu melihat fielm pendek sebelum gelombang di bagian otaknya diukur. Menguraikan hasil kajian, Roth mengungkapkan, "Bila pun ada adegan brutal kotor muncul, mereka tak menunjukkan emosi apa pun. Pada bagian otak yang berkaitan dengan belas kasih dan dukacita, tak terjadi apa pun."

Secara neurologis, Roth mengungkapkan bahwa perilaku jahat boleh muncul akibat beberapa sebab. Salah satu sebabnya adalah tumor. Setelah tumor diangkat, orang itu akan normal kembali seperti potensi jahatnya dicabut. "Atau orang yang defisit secara fisiologis kerana senyawa tertentu seperti serotonin di otak bagian depan tidak bekerja secara efektif," kata Roth seperti dikutip Daily Mail, Selasa (5/2/2013) lalu.

 Dengan temuan ini, Roth mengungkapkan, tindakan jenayah seperti "genetik". Jika ada anak muda yang punya penyakit tertentu di bagian depan otaknya, maka ada peluang sebesar 66 % anak itu akan melakukan tindakan jenayah.  Roth mengatakan, tidak semua jenayah dikenalpasti. Ia membagi pelaku jenayah menjadi tiga.

 Pertama, mereka yang tumbuh di lingkungan di mana pencurian dan pembunuhan dimaklumi. Dengan demikian, ia pun dapat membunuh dan mencuri tanpa rasa bersalah.

Golongan kedua adalah orang yang secara mental terganggu. Mereka melihat dunia atau orang lain sebagai ancaman.

Ketiga adalah psiko murni, orang yang seperti "terlahir" jahat. Adolf Hitler dan Stalin masuk dalam kategori ini.

Susulan pemuda jatuh sungai-Usaha diteruskan

 
Sehingga Jam 4.00 petang tadi usaha mencari mayat pemuda yang jatuh dari Jambatan Sultan Yahya Petra ke dalam Sungai Kelantan masih diteruskan.

Orang ramai masih setia menunggu jika ada sebarang perkembangan tentang pemuda tersebut. Jambatan besi itulah tempat pemuda tersebut tergelincir dengan motosikalnya.

 Khemah telah disediakan untuk pihak berkuasa mencari mayat pemuda tersebut.


 Trak polis yang sudah bersedia membawa mayat pemuda tersebut sekiranya mayat tersebut dijumpai.



Balai polis bergerak jugak disediakan untuk kemudahan maklumat orang ramai.





Kota Bharu Jatuh Dari Jambatan

Petang tadi aku ke Kota Bharu untuk cari barang di Tesco. Semasa pulang dari Tesco kira-kira pukul 7.15 malam melalui Jambatan Sultan Yahya Petra aku melihat orang ramai berhenti di seberang jalan dan melihat ke bawah ( ke dalam sungai Kelantan ). Aku tertanya-tanya apa yang terjadi ?

Gambar Jambatan Sultan Yahya Petra dalam pembinaan
( ini gambar lama....masa jambatan besi belum bersambung)
Sekarang ini dah bersambung untuk tujuan pembinaan jambatan


Lalu aku pusing motorsikal ku dan menuju ke kumpulan orang ramai untuk mengetahui apa yang sedang berlaku. Menurut orang ramai, seorang pemuda yang menunggang motosikal telah jatuh ke dalam Sungai Kelantan. Aku tengok air sungai pada petang tadi agak deras jugak arusnya.

Aku tanya bagaimana boleh terjadi. Menurut sumber orang ramai yang melihat kejadian itu, pemuda tersebut melalui jalan besi iaitu jalan pembinaan untuk membuat jambatan dengan motosikalnya. Aku terfikir macam mana dia boleh lalui jalan tersebut sedangkan jalan tersebut untuk pembinaan. Jambatan besi tersebut yang digunakan untuk membuat jambatan biasanya orang ramai gemar memancing udang di situ.

Ketika melalui jalan tersebut, dia telah tergelincir dan terhumban ke dalam sungai. Ini diceritakan oleh orang yang melihat kejadian tersebut.Sehingga pukul 9.00 malam (16/2/2013) ini, pemuda tersebut masih belum dijumpai.

 Maaf gambar tak jelas sebab ambil malam dengan kamera telefon sahaja.
Gambar ini diambil dari atas jambatan. Yang nampak tu adalah jambatan besi yang mana
pemuda tersebut tergelincir.

Kelihatan orang ramai di tempat kejadian.
Gambar kereta adalah kereta bomba dan polis yang sedang melakukan
proses menyelamat.

Kenapa Meteor jatuh di Rusia

Ramai yang bertanya-tanya adakah meteor yang menghentam Rusia pada hari Jumaat (15/2/2013) pagi itu adalah sebahagian dari asteroid 2012 DA14 yang sedang mendekati Bumi. Asteroid 2012 DA14 akan melintas dekat Bumi pada Jumat malam atau Sabtu pagi hari nanti. Tidak ada yang dapat memastikannya saat ini apakah satu rangkaian atau hanya kebetulan semata datangnya hampir bersamaan. Hasil analisis Badan Antariksa Eropah (ESA), dalam akaun Twitter rasmi, menyatakan bahawa hasil analisis sementara tidak ada hubungan antara meteor yang meledak dengan asteroid 2012 DA14.



Namun, tidak dijelaskan secara terperinci bentuk analisisnya. Profesor astronomi dari Tomnsk State University, Siberia, Rusia, bernama Tatiana Bordovitsina sempat mengemukakan kemungkinan hubungan antara meteor dan asteroid. Dalam wawancara di RIA Novosti, ia mengatakan meteor itu mungkin pecahan asteroid, namun memerlukan penelitian lebih lanjut untuk memastikannya.

Melalui laman Guardian, profesor Ian Crawford dari Birkbeck University, London, mengatakan, masih terlalu awal menyimpulkan hubungan kedua benda langit tersebut. Salah satu cara memastikannya, menurut dia adalah dengan menganalisis jejak meteor dari beberapa rakaman video yang sempat diambil detik-detik jatuhnya meteor. Jika jalur orbitnya sama dengan jalur orbit asteroid, boleh jadi keduanya berhubungan. Namun, secara peribadi, ia memperkirakan meteor yang meledak bukan pecahan asteroid 2012 DA14.

Asteroid 2012 DA14 yang berdiameter sekitar 45 meter saat ini sedang menuju Bumi dan akan berada pada posisi terdekat dengan Bumi pada Jumaat (15/2/2013) malam atau Sabtu pagi hari. Benda langit tersebut diperkirakan akan bertahan 33 jam di sekitar Bumi dan Bulan sebelum kembali menjauh. Titik terdekat dengan Bumi diperkirakan 27,600 kilometer, atau lebih dekat daripada orbit satelit geosentris di 36,000 kilometer.

NASA memastikan dari jalurnya, asteroid hanya mendekat dan tidak akan menghentam permukaan Bumi. Jika sampai menghentam Bumi, asteroid sebesar itu mampu menyebabkan ledakan dengan kekuatan 1,000 kali kekuatan bom nuklear di Hiroshima, Jepun.

Meteor yang jatuh di Rusia belum diketahui ukurannya. Namun ledakannya menyebabkan kerosakan di sejumlah kota. Banyak kaca-kaca bangunan pecah sehingga melukai 400 orang.

Cucur Udang Galoh

 Terasa ingin makan cucur udang. Di sini aku ingin berkongsi resepi yang mak perturunkan kepada aku. Memang best cucur udang ni.....hinggga menjilat jari.

Sebenarnya udang galoh tak sesuai nak buat cucur udang sebab saiznya yang terlalu besar.

Bahan-bahan
• 500 gram tepung gandum
 • 20 ekor udang besar (boleh lebih atau kurang-buang kepala sahaja)
 • 1 mangkuk kecil tauge
 • 1 mangkuk kecil daun kuchai (potong 1 inci)
 • 1 biji telur
 • 1 biji cili merah (hiris halus)
 • 2 biji bawang merah (racik halus)
• Garam secukup rasa
 • 1/2 sudu teh gula
 • Sedikit kunyit
 • Air secukupnya
 • Minyak utk menggoreng

 • KUAH •
 2 cawan kacang (goreng dengan minyak tanpa buang kulit hingga masak)
 • 6 sudu besar cili boh (boleh lebih atau kurangkan)
 • 1 biji bawang merah
 • 1 biji bawang putih
 • Garam dan gula secukup rasa
 • Sedikit air asam jawa
 • Air secukupnya

 Cara-cara
 Masukkan tepung, udang, tauge, kuchai, telur, cili merah, bawang merah, garam, gula dan kunyit ke dalam satu mangkuk besar.Tambahkan air hingga adunan menjadi boleh dijemput.Jangan terlalu pekat atau terlalu cair.
 1. Panaskan minyak.Jumputkan adunan ke dalam minyak yang betul-betul panas.Goreng hingga kekuningan.Angkat dan hidang dalam pinggan.
 2. Masukkan semua bahan kuah dalam pengisar dan kisar kasar bahan ini.Jangan sampai halus.
  3. Masak bahan kisaran ini di atas api sederhana hingga pekat.Angkat dan hidangkan dengan cucur udang.

Jangan lupa cuba buat cucur udang guna resepi ni.....

Kerang bawa Maut

Fenomena laut merah yang kini melanda Sabah menyaksikan seorang lagi mangsa terkorban, menjadikan jumlah tiga kesemuanya setakat ini, dipercayai akibat memakan kerang dan lokan dibeli dari Pasar Malam Inanam, dekat sini.


 Ketika mengesahkan kejadian itu, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata mangsa, 23, seorang wanita warganegara asing berasal dari Kampung Inanam Jaya itu sudah dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) di Likas pada kira-kira jam 2.55 pagi semalam. "Sampel kerang dan lokan itu telah dihantar ke Jabatan Perikanan Sabah untuk dianalisis dan keputusan masih belum diperolehi,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Puteri Umno Malaysia di sini, hari ini. Rosnah berkata semalam sahaja,

 Jabatan Kesihatan Negeri menerima sebanyak 18 kes yang disyaki keracunan kerang daripada HWKKS manakala jumlah keseluruhan adalah 43 kes dengan 37 kes di daerah Kota Kinabalu dan enam kes di daerah Tuaran. Beliau berkata pada jam 7.30 malam semalam, seramai 10 orang telah mendapat rawatan di HWKKS, enam di Hospital Queen Elizabeth (HQE) 2, dua di HQE 1, enam di Hospital Tuaran, tiga kes di Klinik Kesihatan Likas dan satu di bawah keadaan tidak bernafas.

 “Setakat ini seramai empat kes dimasukkan di wad HWKKS, dan tiga di HQE 2 untuk rawatan lanjut manakala 35 kes lagi menerima rawatan sebagai pesakit luar,” katanya sambil menyatakan kesemua kes berkaitan dengan memakan kupang yang dibeli dari Pasar Malam Inanam dan mengambil kupang di Teluk Likas.

Sementara itu, Rosnah berkata poster dan hebahan awam mengenai keracunan makanan akibat air merah telah ditampal di Pasar Malam Inanam dan para peniaga dilarang menjual kerang pada masa ini. Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak memakan atau mengumpul kesemua jenis kerang (hidupan laut yang mempunyai cangkerang) seperti kerang, siput dan juga ikan-ikan pesisir pantai. “Jika termakan dan mengalami tanda-tanda seperti kebas, pening, muntah dan sesak nafas, sila dapatkan rawatan segera di hospital atau klinik kesihatan berdekatan,” kata Rosnah.

Tersadai di Gem Beach

Entri kali ini akan memaparkan percutian Aku ke Gem Beach, Batu Rakit di Kuala Trengganu sambil meninjau-ninjau gosip tentang udang,

Gem Beach ni bukanlah tempat yang nak dituju pada mulanya. Tujuan utama adalah percutian ke Trngganu,
tempat lojing belum tahu kat mana....main redah aje.... jumpa tempat berkenan di hati kat situlah bermalam.

Menyusuri laluan ke Trengganu melalui jalan Pantai - Tok Bali-Kuala Besut-Penarik-Batu Rakit-Kuala Trngganu.






Pusing punya pusing akhirnya , semua bersetuju untuk menginap di Gem Beach Resort.

Tempat memang ok....yang penting ada kolam untuk anak-anak dan  'Udang' berenang.
Pemandangan juga ok....dekat dengan tepi pantai.Kebetulan Hari tu cuaca agak berangin dengan ombak bergelora. Bendera merah telah dinaikkan menandakan Laut No Entry.

Harga untuk sebilik untuk Standard Room - RM 180 ( 2 breakfast)
Harga untuk Family Room - RM 270

Aku pilih yang standard room aje.....Ada 6 orang ( 3 dewasa-  2 kanak2 -1 baby )...cukup kot  ruang dengan standard room. Cuma breakfast aku tambah lagi untuk dewasa Rm 25 dan kanak-kanak RM 15. Nak rasa breakfast Gem Beach.... macam mana rasanya.

Sebelum masuk bilik melihat-lihat dulu kawasan resort..memang cantik.

 Pandangan Visual perspektif satu titik lenyap kolam ikan resort.

 Hari tu keaadaan memang berangin dan laut agak bergelora.




Kolam agak luas dan selesa untuk anak-anak mandi manda .


 Sempat singgah beli keropok lekor di Batu Rakit buat bekal makan dalam bilik hotel


 Bilik standard biasanya katil ada dua saje. itupun katil bujang. Jadi tak cukup nak menampung 6 orang tidur untuk satu bilik standard. Jadi sebagai alternatifnya aku beli Tilam Angin yang boleh dibawa kemana-mana. Nak guna pam angin dah sudah guna buang angin. macam pelampung. Mudah dan praktikal.

Tilam angin yang jenis ini aku beli kat Giant. Mana-mana giant ada kot. Saiz Double. Harganya RM 69.90.
Mudah di bawa dan sesuai untuk yang suka mengembara. Mudah disimpan. Yang penting penggunaannya yang amat praktikal sekali.


Setelah di pam maka tilam ni boleh diguna. Nak pam belilah pam yang sesuai. Biasanya pam untuk kolam. Kalu guna pam basikal boleh jugak tapi makan masa. Yang ini aku guna pam kolam. Sekejap saje !


Memang selesa berbanding kali bawa blanket atau 'toto'. Lagipun jimat ruang dalam bonet kereta.
Bukan nak promote tilam ni tapi amat praktikal untuk pengembara. Kalu nak minta tilam extra mesti kena charge, paling kurang pun rm 40 satu tilam !

Masalah untuk tidur dah pun selesai....

Time untuk breakfast....
Amat mengecewakan sikit makan breakfast kat resort ni.... sempoi sangat.
Rasanya tak berbaloi tambah Rm 25 untuk dewasa dan kanak2 RM 15...
Menunya...Mee goreng, lempeng cicah dengan sambal sardin( Sardin ???), telur hancur dan roti bakar.
Memang tak berbaloi..
Aku nak cadangkan tempat hotel dengan kadar yang sama tapi breakfastnya memang Ummmmphh !
Menginaplah di Permai Inn Kuala Terengganu...aku dah ke sana. Breakfastnya memang banyak menu sampai tak terpilih. Harga lebih kurang aje dengan resort ni....



 Anak aku hanya makan Honey Star dengan susu aje....rasanya tak berbalai tambah RM 15 !

Dah puas berada di Gem Beach Resort ni.... time untuk berkemas pulang.

Duduk semalaman aje tapi.....bilik hotel macam nak pecah !
Sesudah Check-out maka aku pun drive pulang....tapi sempat singgah di Planetaruim Kuala Terengganu.
My baby nak bergambar di Planetarium....Hari tu takde apa kat sana.Cuma pameran sains biasa aje. Tetapi menarik juga lah untuk budak-budak.

Rasanya tak lengkap kalu tak jumpa dengan udang.....
Masa nak balik singgah kat satu warung pekena nasi lemak sambal udang....memang sedap !



Anda suka artikel dalam blog ini ? Jangan lupa klik mana-mana iklan sebagai tanda sumbangan anda